Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga

Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga
link : Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga

Baca juga


Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga



Kerjasama kepolisan Malaysia-Indonesia mengambil pendekatan berjaga-jaga berhubung dakwaan yang mengaitkan perairan Tawau-Nunukan menjadi laluan pengganas ISIS ke Filipina, sekalipun belum ada tangkapan direkodkan di kedua-dua wilayah berjiran itu. 

Lebih-lebih lagi dengan perkembangan terkini, berlakunya ketegangan terbaharu di Marawi City, Mindanao Tengah, Filipina antara pengganas ISIS dengan tentera Filipina. Pemangku Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah Supt Norzaid Mohammad Said berkata Malaysia dan Indonesia ketika ini giat berkongsi maklumat mengenai potensi ancaman pengganas ISIS.

"Memang kita tidak nafikan sebab kedua-dua negara mengalami isu serupa,” katanya ketika ditemui pada Program Rendezvous (RV) di perairan sempadan Pulau Sebatik-Nunukan, di sini, Rabu lalu.

Beliau mengetuai delegasi Malaysia, manakala Kepala Bahagian Operasi Kepolisian Resor (POLRES) Nunukan Komisaris Polis (KOMPOL) Untung Mulyono pula mengetuai delegasi Indonesia, serta turut dihadiri Konsul Polisi Konsulat Republik Indonesia di Tawau Kompol Nafi Arman.

Tidak kira berasas atau sebaliknya, Norzaid berkata pihaknya tetap ‘menerima maklumat’ berkaitan, kerana menjadi tanggungjawab PPM menjaga sempadan perairan negara. Menurutnya PPM dan agensi penguat kuasa lain sentiasa komited di dalam memastikan jenayah di kawasan sempadan perairan negara dapat ditangani bersama secara bersepadu.

Mulyono pula berkata kawalan di sempadan Indonesia semakin diperketatkan dan semua yang keluar-masuk di negara itu akan diperiksa sebagai langkah mencegah ancaman ISIS. “Khususnya terhadap orang Malaysia dan Indonesia yang mahu pergi ke Filipina, kita akan berikan perhatian termasuk memeriksa tujuan kehadiran mereka,” katanya.

Beliau berkata dakwaan yang mengatakan perairan Pulau Sebatik (pulau yang dikongsi Malaysia-Indonesia) berpotensi sebagai laluan pengganas ISIS, juga diberikan perhatian. Di dalam pertemuan RV itu, perbincangan antara kedua-dua belah pihak diadakan secara terbuka dan lebih banyak berkisar mengenai hubungan kerjasama pertukaran maklumat.

Antara isu yang menjadi perhatian adalah penyeludupan syabu, penyeludupan ketam, pendatang asing tanpa izin dan pelbagai isu jenayah rentas sempadan antara Tawau-Nunukan.

Pada RV kali ini, rombongan Malaysia disertai 68 orang dari PPM, Jabatan Perikanan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta media. Manakala rombongan Indonesia pula yang diketuai oleh Mulyono disertai seramai 18 orang yang terdiri daripada POLRES, Brigade Mobil (BRIMOB) dan media Indonesia.

Semenjak kerjasama RV kepolisan Tawau-Nunukan diwujudkan, beberapa kejayaan direkodkan, antaranya semasa usaha mencari dan menyelamat mangsa bot laju karam pada Februari lepas.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGgpjS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga

Sekianlah artikel Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia-Indonesia Ambil Pendekatan Berjaga-Jaga dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/malaysia-indonesia-ambil-pendekatan.html

Subscribe to receive free email updates: