Judul : Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
link : Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
KUCHING – Mahkamah Tinggi Kuching di sini hari ini memutuskan Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dan tidak melanggar perlembagaan negeri itu.
Keputusan di luar jangkaan yang diumumkan oleh hakim perbicaraan, Datuk Douglas Primus Sikayun sekali gus bakal menyaksikan tiada pilihan raya kecil (PRK) di kerusi tersebut akan diadakan pada 4 Julai depan.
Tiong Choon yang diwakili pasukan lapan peguam diketuai peguam kanan, Chong Siew Chiang memohon supaya perisytiharan bahawa perlucutan kelayakannya sebagai ADUN Pujut yang dipilih sewajarnya ditarik balik.
Bekas ADUN tersebut memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar MahkamahTinggi Kuching pada 7 Jun bagi mencabar kesahihan pemecatannya menerusi usul khas oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 12 Mei.
Beliau dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut selepas satu usul dibentangkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Dr. Wong Soon Koh di DUN kerana didakwa mendapat taraf warganegara Australia pada 2012.
Pada pilihan raya negeri 2016, Tiong Choon yang mewakili DAP menang kerusi Pujut dengan majoriti 1,759 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hii King Chiong, calon PAS, Jofri dan calon bebas Fong Pau Teck.
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rpP0hO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Putus Wakil DAP Kekal ADUN Pujut dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/mahkamah-putus-wakil-dap-kekal-adun.html