Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian

Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian
link : Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian

Baca juga


Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian

JELEBU – Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Km25 Jalan Bahau-Keratong Ahad lepas di Jempol hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan lapan orang maut.

Norzailan Omar, 44, mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Tertuduh didakwa memandu treler secara berbahaya tanpa mengambil perhatian tentang segala hal keadaan termasuk jenis, keadaan dan saiz jalan dan kesesakan lalu lintas di atas jalan raya yang boleh dijangkakan atau mungkin ada di jalan itu, sehingga mengakibatkan kematian ke atas pemandu serta penumpang kenderaan di Km25, Jalan Bahau-Keratong, Jempol pada 2.20 petang Ahad lepas.

Dia didakwa menyebabkan kematian Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52; Masnoraida M.Yussof, 44; Wan Mohd Muhaimin Wan Mohd Fauzi, 21; Wan Nur Athira Wan Mohd Fauzi, 18; Wan Muhammad Ammar Haziq Wan Mohd Fauzi, 13; Wan Nur Aleesya Wan Mohd Fauzi, 7; Osman Mohamed Taip, 31 dan Rosniza Othman, 32.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 yang membawa hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 10 tahun, atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000, serta lesen memandu diendors dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang tiga tahun dari tarikh sabitan dan dalam hal sabitan kali kedua atau kemudian, hilang kelayakan selama tempoh 10 tahun dari tarikh sabitan.

Lesen memandu Norzailan juga digantung sehingga mahkamah membuat keputusan muktamad terhadap pertuduhan.

Terdahulu, pihak pendakwaan yang diwakili Pengarah Pendakwaan Negeri Nik Azhan Hakim Nik Mahmood memohon mahkamah mengenakan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin memandangkan ia merupakan kesalahan yang serius.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun memohon agar jumlah itu dikurangkan dengan alasan hendak menyambut Aidilfitri serta hendak membayar duit rumah.

Majistret Mohamad Redza Azhar menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin serta pasport dan lesen memandu tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 Julai ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Bahau.

Tertuduh membayar wang jaminan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lepas, kemalangan yang melibatkan sebuah Proton Exora, Perodua Myvi, Toyota Vios dan treler menyebabkan lapan orang daripada dua keluarga terkorban manakala seorang lagi cedera.

Nahas itu menyebabkan Proton Exora yang dinaiki enam sekeluarga, terbakar sepenuhnya dan kesemua mangsa ditemukan rentung.

Dua lagi yang terkorban ialah pemandu dan penumpang Perodua MyVi iaitu Osman dan Rosniza, manakala anak mereka Muhammad Alifthaqif Osman, 3, mengalami kecederaan.

Kemalangan yang melibatkan empat kenderaan itu, dipercayai berpunca daripada tindakan treler yang cuba memotong kenderaan di hadapannya tetapi gagal.

Pemandu treler dan pemandu Toyota Vios tidak mengalami sebarang kecederaan. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sCs9n7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian

Sekianlah artikel Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Pemandu Treler Didakwa Sebabkan 8 Kematian dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/mahkamah-pemandu-treler-didakwa.html

Subscribe to receive free email updates: