Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!

Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!
link : Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!

Baca juga


Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!

Loading...

Assalammualaikum & salam sejahtera semua. Aku nak ucapkan terima kasih kepada admin jika cerita aku ni disiarkan. Nama aku Amirul(nama sebenar). Umur 22 tahun & berasal dari Kuching, Sarawak.

Ini adalah pertama kali aku menulis & berkongsi cerita tentang apa yang terjadi pada aku semasa aku menjaga abah aku yang ditahan di wad Pusat Jantung. Mungkin cerita aku ni kurang menarik, tapi aku harap nasihat & pengajaran yang ada dalam kisah aku ni dapat dijadikan pengajaran & rujukan untuk semua. Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa atau penggunaan ayat. Maklum laa baru pertama kali menulis. Hehehe.Kisah ni berlaku semasa aku bermalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak pada hari selasa yang lepas(2/5/2017). Masa tu jam pukol 11.30 mlm. Kawan-kawan abah datang nak melawat dia, tapi security tak bagi masuk sebab waktu melawat dah habis. Jadi, abah suruh aku turun jumpa kawan-kawan abah. Aku pun turun dengan membawa buku yasin & simpan dalam kocek baju melayu( tak tahu kenapa nak bawa buku yasin sekali masa tu) Turun la aku dari tingkat 5 ke tingkat 2 pakai lift. Masa aku masuk dalam lift, aku tak sedar pun yang aku tekan butang nombor 1. Ingatkan butang nombor 2 yang aku tekan. Tapi aku memang yakin masa tu aku tekan butang nombor 2. Masa dah sampai ke tingkat 1, lampu dalam lift berkelip 3 kali, & ada la dalam 10 saat(rasanya la) baru pintu lift terbuka. Kan biasa 1/2 saat lepas dah sampai baru pintu lift terbuka. Aku pun hairan la sekejap. Keluar la aku dari lift(masih tak sedar aku sebenarnya dekat tingkat 1) Aku berjalan lurus, macam yakin aku nak pergi ke mana. (sambil main smartphone )

Jalan punya jalan, bila aku pandang ke depan, aku terkejut sebab depan aku tu jalan mati. Baru la aku tersedar yang aku bukan berada di tingkat 2. Aku toleh ke kiri, bilik kosong, aku toleh ke kanan, jalan nak pergi ke bilik mayat. Ya, bilik mayat. Aku jadi hairan, kenapa aku tiba-tiba ada dekat sini ? Aku patah balik, mencari lift. Jalan lurus tapi aku tak jumpa pun lift. Kiri kanan bilik. Lift hilang dari pandangan mata aku. Bilik-bilik yang aku tengok, ada 2 pintu, ada 2 cermin kecil dekat pintu & ada cermin panjang ditutup dengan kain langsir biru(aku tak tahu kalau bilik-bilik ni wujud di pjhus)

Aku berjalan lurus sampai hujung, aku cuma melihat sebuah padang yang luas, gelap gelita. Aku hairan, ke mana hilangnya tempat parking bawah dekat belakang ni ?? Aku jadi gelisah. Aku patah balik & jumpa tangga kecemasan. Mula-mula aku nak pakai tangga kecemasan ni. Bila nak buka pintu, aku terdengar bunyi seperti ada orang turun dari dalam bilik tangga kecemasan ni. Aku tunggu sampai ‘dia’ buka pintu. Tapi, lain yang terjadi. Tak seperti yang aku harapkan. Habis bunyi orang turun, aku terdengar bunyi seolah-olah ada sesuatu tengah cakar pintu. Terus aku jalan & tak tengok pintu tu lagi. Tak jadi nak pakai tangga kecemasan.

Masa tu tersangat la sunyi. Memang tak ada kelibat manusia langsung. Tiba-tiba aku melihat sesuatu benda berwarna hitam melintas dengan laju. Aku pun terdetik nak pergi ke sana, nak lihat apa yang aku baru lihat tadi(masa tu langsung tak fikir benda-benda pelik.) Dah sampai aku dekat sana, aku jadi pelik sebab aku muncul semula ke tempat kmk mula-mula sedar yang aku bukan berada di tingkat 2. Aku pun teruskan perjalanan mencari lift. Aku sempat Whatsapp abah bagitahu dia yang aku lagi diuji. Lepas aku whatsapp abah, smartphone aku stuck. Tak dapat nak buat apa-apa. Smartphone yang lagi satu pun sama, tak dapat nak unlock, screen cuma hitam. Tiba-tiba belakang badan aku rasa sejuk & bulu roma aku meremang. Aku pusing ke belakang, tapi tak ada apa-apa pun. Rasa mcm ada seangkatan tentera berjalan nak kejar aku. Aku tanggalkan cermin mata aku, sebab kabur. Aku pun pusing lagi ke belakang, tapi tak ada apa-apa pun dibelakang aku. Bila aku pusing depan, aku tengok depan aku tu bilik mayat. Macam mana laa aku boleh sampai dekat situ ?? Yang aku nak elakkan, yang tu juga la aku tuju. Aku dah makin gelisah. Takut aku tak jumpa jalan keluar.

Lepas tu, aku terdengar dalam bilik mayat tu, ada bunyi macam ada orang tengah menguruskan mayat. Aku nak tegur, bagi salam. Mana laa tahu kalau dalam tu ada pekerja hospital. Tapi hairan la aku, kenapa tengah uruskan mayat tak buka lampu ? Satu lampu pun tak ada yang menyala. Lepas tu aku teringat, orang tua selalu pesan, kalau terdengar bunyi pelik-pelik, jangan tegur. Aku pun tak jadi nak tegur. Tiba-tiba aku tercium bau busuk. Tersangatlah busuk. Rasa nak muntah. Aku kuatkan semangat & teruskan perjalanan aku mencari lift.

Makin kuat semangat makin tu laa macam-macam perkara terjadi. Aku lalu satu bilik ni, kain langsir kat dalam bilik tu macam ditiup angin. Aku pun tengok la, mana tahu ada kelibat manusia dalam bilik tu. Tapi tak ada apa pun. Cuma ada kerusi menunggu warna biru & alat-alat hospital. Lepas tu aku terkejut sebab terdengar bunyi guli bertaburan dalam bilik tu. Aku nak masuk dalam bilik tu, tapi aku tak tahu apa yang akan tejadi kalau aku masuk dalam bilik tu. Terus aku jalan & cari lift yang aku masih tak jumpa-jumpa lagi.

Masa dalam perjalanan, dekat tepi tu ada tangga(pandangan dari belakang bilik tangga kecemasan) Aku tak tahu la dekat tangga tingkat berapa, tapi dari sisi mata aku, aku ada melihat sesuatu berwarna putih, berdiri di situ(rupa macam nurse & bertudung) Aku tak pandang ‘dia’, aku pandang lurus & jalan, tak toleh belakang. Kalau ‘dia’ tegur aku masa tu pun, aku tak akan tegur balik. Sedangkan lift pun aku tak jumpa-jumpa lagi, macam mana aku nak tegur siapa-siapa atau apa-apa yang aku jumpa masa tu. Aku mendongak ke atas, lihat bangunan wad. Tapi tak ada satu cermin pun yang berlampu. Aku dah makin susah hati.

Dah sampai ke depan, aku terdengar ada orang baling selipar dekat pintu & menjerit macam orang gila(bunyi macam perempuan). Apa laa pulak kali ni. Aku berhenti, dalam hati aku cakap, “ni hospital jantung ke hospital orang gila ?” Aku cuba intai dalam cermin dekat pintu, tapi kosong, tak ada orang. Cuma ada kaunter & sebaris kerusi biru. Kalau ada orang muncul sekalipun, aku yakin tu bukan ‘orang’ .

Aku teruskan perjalanan mencari lift. Dah lepas satu pintu ni, tiba-tiba aku dengar dekat atas siling ada bunyi merangkak/berlari laju macam nak serang aku dari belakang. Aku toleh atas, aku toleh belakang, tapi tak ada apa-apa. Pusing aku ke kiri, aku berada semula dekat tempat aku mula-mula sedar. Ya, mcam biasa, sebelah kanan bilik mayat. Rasanya ada la dalam 4/5 kali aku lalu bilik mayat. Lepas tu aku terdengar bunyi orang gelak dekat area pokok(kalau pokok tu wujud la) Aku dah makin gelisah, rasanya macam satu jam aku kat sini cari lift.

Kmk berhenti sekejap, tengok dua-dua smartphone aku masih stuck. Aku beristighfar. Tenangkan diri, cuba nak baca ayat kursi, tapi tak ingat apa-apa. Al fatihah pun aku tak ingat masa tu. Aku pegang dekat kocek baju melayu aku, aku tengok ada buku yasin. Baru la aku teringat aku ada bawa buku yasin. Aku pun buka buku yasin, aku baca ayat kursi, 3 qul & al fatihah. Nasib baik aku dapat baca. Lepas baca, aku hembus nafas, & sapu dekat bahagian muka aku. Lepas tu, telinga sebelah kiri aku, rasa macam ada angin yang laju meniup. Rasa macam ada orang berdiri di belakang, betul-betul belakang aku.

Aku rasa nak pusingkan pandangan ke belakang, tapi aku kuatkan semangat, tak nak tengok belakang. Aku teruskan perjalanan, aku lalu semula dekat tangga kecemasan, rasa macam nak pakai tangga, tapi teringat yang tadi aku ada melihat benda putih berdiri & bunyi menyakar pintu. Terus aku berubah fikiran. Aku jalan ke depan, Alhamdulillah, akhirnya aku jumpa lift. Baru laa rasa lega, hilang rasa gelisah. Masa nak masuk lift, dari sisi mata sebelah kanan aku, aku melihat ‘dia'(macam bayangan nurse yang aku jumpa dekat tangga) berdiri melihat aku(jauh juga la jarak aku dengan dia) Naik ke tingkat 2, keluar dari lift, baru la aku jumpa orang, staff hospital & security guard. Akhirnya jumpa pun kawan-kawan abah.

Smartphone pun dah okay, aku lihat jam, kira baru 5/6 minit aku berlegar-legar di tingkat 1. Rasa mcm sejam aku mencari lift tadi. Itulah pengalaman pertama pandangan mata aku ditutup/di kaburi. Memang gelisah, takut tak dapat keluar dari situ. Rupanya ada hikmah kenapa tangan aku tiba-tiba ambil buku yasin walaupun aku tak tahu kenapa aku nak bawa buku yasin sekali.

Lepas kejadian tu, aku post kan pasal pengalaman aku ni dalam Facebook. Beratus shared, & rata-ratanya pernah alami apa yang aku alami. Aku dapat inbox dari bekas pekerja security & pekerja yang pernah bekerja di sana, bagitahu aku yang mereka pun alami apa yang aku alami. Tingkat 1 memang tempat yang sangat-sangat ‘keras’. Macam-macam perkara yang berlaku di tingkat 1. Ada juga yang merasa lawak dengan kisah aku ni. Aku anggap mungkin mereka belom pernah alami atau tak percayakan kewujudan makhkuk ghaib ni. Tapi tak apalah, harap mereka dapat belajar sesuatu dari kisah aku ni.

Nasihat aku untuk siapa-siapa yang nak bermalam di pjhus/mana-mana hospital, bawa laa surah yasin/al quran bersama. Takut nanti pandai tak ingat apa-apa ayat, takut nanti yasin/al quran yg di install dalam smartphone tak dapat buka. Bawalah yasin/al quran bersama.. Kita tak tahu apa yang akan terjadi, lebih-lebih lagi tempat macam ni memang ‘keras’ giler. Pakai pakaian yg sopan, mulut & hati jaga, jangan nak sebut perkara yang pelik-pelik. Kalau ada kecemasan nak pergi ke mana-mana, biar la berteman.

Kalau dapat, jangan la nak berjalan-jalan di hospital bila jam dah pukul 11 malam. Aku bukan nak bagitahu yang aku ni berani, ada la juga rasa takut, tapi ‘mereka’ ni pun makhluk Allah S.W.T, kalau terjadi perkara-perkara macam ni, jangan dilayan sangat perasaan takut tu, berdoa & minta pertolongan dari Allah, supaya dijauhkan dari gangguan ‘mereka’. In Sya Allah, Allah tolong. Allahul musta’an. Hanya Allah lah tempat kita meminta pertolongan.

Terima kasih kerana sudi baca kisah pengalaman pertama aku yang tak seberapa ni. Sekian.

Sumber : Amirul via ebarus.com

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIKJaz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!!

Sekianlah artikel Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Menjaga Ayah. Pengalaman Tersilap Masuk Wad Bawa Padah.Lelaki Ini Terintai Sesuatu Yg SERAM !!! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/lelaki-menjaga-ayah-pengalaman-tersilap.html

Subscribe to receive free email updates: