Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus

Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus
link : Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus

Baca juga


Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus

PUTRAJAYA: Lebih 85 peratus rakyat Malaysia terutamanya wanita, kini memilih untuk membeli tiket bas ekspres secara dalam talian menerusi aplikasi CatchThatBus, menurut pengasas bersama dan ketua pegawai operasinya Ashwin Jeyapalasingam.

Beliau berkata laman web itu yang boleh dimuat turun menerusi Google Play, App Store dan Window Store secara percuma, paling popular dalam kalangan pengguna wanita, berumur antara 18 dan 25 tahun, yang memilih untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan memilih tempat duduk menerusi aplikasi itu atas faktor keselamatan.

Ketika ditemu bual Bernama baru-baru ini, Ashwin berkata tiga tahun lepas, 95 peratus tiket bas dijual kepada pengguna yang beratur di kaunter stesen-stesen bas, tetapi kini hanya kira-kira 70 peratus tiket masih dijual di kaunter.

"Menggunakan pengangkutan awam di Malaysia ada kalanya agak mencabar. Bukan sahaja masalah dari segi tiket kehabisan tetapi juga keadaan tidak selesa untuk membeli tiket.

"Di sinilah kami memainkan peranan, pasukan CatchThatBus memberikan kemudahan itu. Kami menyasarkan untuk membangunkan perubahan positif dalam pengangkutan awam menerusi idea inovatif," katanya.

Aplikasi CatchThatBus, dibangunkan pada 2014 oleh Ashwin dan pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Viren Doshi selepas berdepan kesukaran untuk membeli tiket bas di kaunter, ia untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai di samping menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

"Aplikasi ini membolehkan pengguna menempah tiket bas secara terus dengan pengusaha bas di Malaysia dan Singapura, meliputi 1,200 destinasi di kedua-dua negara. Menerusi aplikasi ini, hampir 100 pengusaha bas berdaftar termasuk Transnasional, Startmart Express, Aeroline, Airport Coach, JB Transliner, Golden Coach Express dan Konsortium Singapore tersenarai.

"Kami menyasarkan bukan sahaja untuk menghubungkan penumpang dengan penguasa bas ekspres, tetapi juga meningkatkan produktiviti dan keuntungan pengusaha bas secara individu. Aplikasi mudah alih kami memudahkan pengguna," katanya.

CatchThatBus juga mempunyai kaunter pekhidmatan di terminal bas utama seperti di Melaka, Pulau Pinang, Ipoh, Kuantan, Kangar dan banyak lagi untuk memastikan ia dapat membantu pelanggan di sepanjang perjalanan mereka.

Antara destinasi popular ialah Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan di Pantai Timur serta Singapura, Johor dan Alor Setar.

Ashwin berkata setakat ini, lebih satu juta tiket telah dijual sejak 2014, dengan CatchThatBus menjual kira-kira 80,000 tiket sebulan secara dalam talian .

Bagi perayaan Aidilfitri ini, ia telah menjual kira-kira 50,000 tiket dan permintaan untuk tiket terus meningkat.

"Keselamatan penumpang menjadi keutamaan kami. Bagaimanapun, memastikan pengguna kami diberikan sokongan sepanjang perjalanan mereka juga amat penting.

"Sebab itu kenapa kami menyediakan kaunter perkhidmatan kami di teminal-terminal bas, talian hotline pelanggan yang beroperasi dari 8 pagi-12 malam dan aplikasi ''in-app chat hotline'' untuk memastikan kami sentiasa bersama-sama pelanggan kami," kata Ashwin.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rH4NwQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus

Sekianlah artikel Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih ramai rakyat Malaysia beli tiket bas ekspres menerusi aplikasi CatchThatBus dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/lebih-ramai-rakyat-malaysia-beli-tiket.html

Subscribe to receive free email updates: