Judul : Kuota khas perumahan PPR untuk penggiat seni
link : Kuota khas perumahan PPR untuk penggiat seni
Kuota khas perumahan PPR untuk penggiat seni
Menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar berkata peruntukan kuota khas itu adalah bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan seni.
"Kita perlu bersatu dan berkerja sebagai satu pasukan. Saya yakin nasib dan masa depan seniman akan telus terbela dan disokong kerajaan," katanya semasa majlis Ihya Ramadan Seniman di sini pada Ahad.
Inisiatif KPKT untuk membantu golongan seniman diambil hasil permintaan penggiat seni terhadap kerajaan semasa sesi dialog Transformasi Nasional (TN50) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lepas.Presiden Seniman Rozaidi Jamil berkata ia adalah inisiatif pertama antara KPKT dan pihak Seniman dan berharap inisiatif berkenaan dapat membantu golongan seniman terutamanya mereka yang belum mempunyai rumah.
"Seramai 30 peratus daripada ahli seniman adalah pelakon veteran. Mereka telah banyak berjasa dalam meningkatkan martabat industri perfileman negara kita, namun sehingga kini mereka tiada rumah sendiri.
"Saya berharap kuota khas perumahan ini dapat membantu golongan seniman untuk mempunyai rumah sendiri," katanya.
Seniman mempunyai kira-kira 6,000 anggota dan mereka yang layak memohon di bawah kuota perumahan akan dipilih oleh pihak Seniman sendiri.
Menurut Noh, kedua-dua lokasi yang terletak di Selangor itu dipilih kerana majoriti golongan seniman menetap di kawasan bandar.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2scJdQ7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kuota khas perumahan PPR untuk penggiat seni
Anda sekarang membaca artikel Kuota khas perumahan PPR untuk penggiat seni dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kuota-khas-perumahan-ppr-untuk-penggiat.html