Judul : KRISIS KELUARGA LEE BUKAN SEKADAR HAL KELUARGA, KATA ADIK PM SINGAPURA
link : KRISIS KELUARGA LEE BUKAN SEKADAR HAL KELUARGA, KATA ADIK PM SINGAPURA
KRISIS KELUARGA LEE BUKAN SEKADAR HAL KELUARGA, KATA ADIK PM SINGAPURA
PERBALAHAN keluarga Lee bukan “sekadar urusan keluarga”, kata adik-beradik perdana menteri Singapura, tetapi mengatakan Lee Hsien Loong juga mungkin “menyalahgunakan kuasa rasminya” terhadap rakyat lain.
Singapore Straits Times hari ini melaporkan adik perempuan perdana menteri, Dr Lee Wei Ling berkata, beliau dan saudara lelakinya Hsien Yang tidak akan mengeluarkan kenyataan umum jika pertikaian ke atas rumah mendiang bapa mereka hanya berkaitan urusan keluarga.
Dalam posting Facebook, Wei Ling berkata mesej utama kenyataan enam halaman mereka di Facebook pada Rabu bukanlah kerana takut apa yang akan Hsien Loong lakukan kepada mereka.
“Perkara paling penting yang saya mahu jelaskan jika PM boleh menyalahgunakan kuasa rasminya untuk menganiaya adik-beradiknya yang boleh melawan balik, apatah lagi kemungkinan yang boleh beliau lakukan kepada rakyat biasa.
Menurut beliau, peguam mereka menyunting mesej utama dalam kenyataan umum itu dan menyebabkan Hsien Yang menerima kecaman.
Rumah di Oxley Road adalah milik mendiang bapanya, Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada tahun 2015.
Dalam kenyataan itu, kedua-dua saudara kandung itu berkata, hilang keyakinan kepada abang sulung mereka, sambil menambah mereka bimbang tindakan agensi kerajaan terhadap mereka.
Menjawab dalam satu kenyataan, Hsien Loong menafikan dakwaan adik-adiknya dan berkata kecewa dan sedih dengan tindakan mendedahkan urusan peribadi keluarga.
Dalam posting Facebook semalam, Wei Ling berkata sedang bercuti di Scotland.
Mengulas mengenai liputan media perbalahan itu, beliau berkata: “Artikel yang disiarkan dalam akhbar Singapura memberikan versi cerita PM. Surat kami disemak dengan teliti oleh peguam kami dan jelas bukan dalam gaya saya sendiri.”
Beliau juga mengulangi keputusan mengenai nasib rumah Oxley Road terletak kepada ibu bapanya.
“Ayah saya memberitahu kepada kami, anak-anaknya, berkali-kali, yang harta keluarga, tidak perlu didermakan kepada badan amal jika Oxley dijual,” katanya.
Dalam satu kenyataan bersama mereka pada Rabu, kedua-dua saudara itu mendedahkan rumah itu diwariskan kepada Hsien Loong selepas Kuan Yew meninggal dunia pada 23 Mac 2015 ketika berumur 91 tahun. Hsien Loong kemudian menjual rumah tersebut kepada Hsien Yang.
Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan ketiga-tiga adik-beradik pada Disember 2015 mengumumkan Hsien Loong dan Hsien Yang bersetuju mendermakan separuh nilai rumah Oxley Road kepada lapan badan amal, sebagai penghormatan kepada bapa mereka.
Wei Ling berkata dalam laman Facebook, Hsien Loong menetapkan sumbangan itu sebagai syarat menjual rumah kepada Hsien Yang.
“Hsien Loong dan Ho Ching akhirnya menunjukkan sikap sebenar mereka. Saya rasa sikap ini menunjukkan mereka tidak sesuai sebagai PM dan sudah pasti sebagai isteri perdana menteri Singapura.”
Dalam posting terdahulu semalam, beliau memberi respons kepada kenyataan Setiausaha Kabinet Tan Kee Yong, yang berkata perdana menteri tidak terlibat dalam perbincangan Kabinet mengenai jawatankuasa kementerian yang dibentuk untuk mempertimbangkan pilihan bagi rumah di Oxley Road.
Mempertikaikannya, beliau berkata tidak mungkin jawatankuasa peringkat menteri itu ditubuhkan tanpa “persetujuan dan kelulusan” perdana menteri.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2suIbjj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel KRISIS KELUARGA LEE BUKAN SEKADAR HAL KELUARGA, KATA ADIK PM SINGAPURA
Anda sekarang membaca artikel KRISIS KELUARGA LEE BUKAN SEKADAR HAL KELUARGA, KATA ADIK PM SINGAPURA dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/krisis-keluarga-lee-bukan-sekadar-hal.html