Judul : Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan
link : Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan
Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan
PUTRAJAYA – Sebuah Konsortium Hospital Pengajar Universiti Awam ditubuhkan dengan kerjasama lima hospital pengajar universiti bagi memastikan pendidikan perubatan berintergrasi dan melahirkan lebih ramai pakar.
Lima hospital pengajar berkenaan ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PPUIAM) dan Hospital Pengajar Universiti Teknologi Mara.
Kelima-lima hospital pengajar berkenaan menandatangani satu memorandum perjanjian bagi penubuhan konsortium itu Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini dengan disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.
Selain lima hospital pengajar universiti berkenaan, enam universiti awam yang menawarkan program perubatan namum belum mempunyai hospital pengajar turut menandatangani aku janji sebagai tanda sokongan.
Universiti berkenaan ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Idris dalam ucapannya berkata seorang ketua pegawai eksekutif akan dilantik bagi menerajui konsortium itu.
“Penubuhan konsortium ini diharap dapat meningkatkan ranking universiti yang terlibat,”katanya.
Pada masa ini, ranking pengajian perubatan di dunia, Universiti Malaya berada pada tangga 50 teratas sementara Universiti Sains Malaysia pada tangga ke-53. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3Uulg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan
Anda sekarang membaca artikel Konsortium Hospital Pengajar University Awam Ditubuhkan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/konsortium-hospital-pengajar-university.html