Judul : K’jaan BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka
link : K’jaan BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka
K’jaan BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka
TAIPING – Kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berpegang kepada falsafah ekonomi kapitalisme terbuka, sebaliknya mengamalkan konsep campur tangan kerajaan secara membina dan konstruktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menegaskan pendekatan sedemikian penting bagi memastikan bantuan dapat diberikan bukan secara pukal tetapi bersasar khususnya kepada individu dan keluarga yang memerlukan bantuan.
“Jika kita senaraikan bantuan yang telah atau sedang diberikan kerajaan, maka amat jelas kerajaan kita adalah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat sepanjang masa.
“Inilah kerajaan kita dipimpin UMNO dan BN di mana kita tidak membiarkan ekonomi negara kita terus berkembang di mana yang kuat akan lebih berjaya, maka yang kaya akan terus menjadi lebih kaya dan menyebabkan jurang pendapatan semakin melebar,” katanya ketika berucap pada Program Jom Bantu Rakyat dan Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak Yayasan Tabung Haji Malaysia 2017 Parlimen Bukit Gantang di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sfT5sS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel K’jaan BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka
Anda sekarang membaca artikel K’jaan BN Tak Pegang Falsafah Ekonomi Kapitalisme Terbuka dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kjaan-bn-tak-pegang-falsafah-ekonomi.html