Judul : Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah
link : Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah
Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah
KANGAR – Ketua Polis Perlis yang baharu, Datuk Azisman Alias berazam menurunkan kes jenayah di negeri berkenaan termasuk membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan membabitkan barangan kawalan dan manusia.
Katanya, bagi mencapai matlamat tersebut, beliau memerlukan semangat kerja berpasukan dengan semua anggota polis di negeri ini, selain kerjasama dengan agensi penguatkuasa lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan dan penerimaan tugas Ketua Polis Perlis baharu di Mes Pegawai Kanan Polis, Jalan Raja Muda di sini hari ini, dengan disaksikan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.
Azisman, 55, menggantikan Datuk Ab Rashid Ab Wahab yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor mulai 3 Jun lepas.
Azisman berkata beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada kerajaan negeri terutama dalam mewujudkan suasana aman dan selamat di seluruh negeri ini.
Azisman, yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan Pentadbiran PDRM Bukit Aman, telah berkhidmat dalam pasukan keselamatan itu lebih 30 tahun lepas.
Sementara itu, Ab Rashid berharap semua anggota polis di negeri berkenaan dapat memberi sepenuh kerjasama kepada penggantinya, terutamanya dengan kedudukan Perlis berhampiran sempadan negara jiran.
“Malah, dengan mempunyai kira-kira 1,200 anggota, sudah tentu ia tugas berat kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan dan harta benda hampir 250,000 penduduk Perlis,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s3DfB6
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah
Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Perlis Baharu Tekad Kurangkan Jenayah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ketua-polis-perlis-baharu-tekad.html