Judul : Kesan tikaman hampir seluruh badan
link : Kesan tikaman hampir seluruh badan
Kesan tikaman hampir seluruh badan
MAYAT lelaki dalam keadaan bogel dengan beberapa kesan tikaman di kepala, dada, belakang badan, perut dan dua tangan dijumpai pemancing dalam parit di sebuah kebun kelapa sawit dekat Central Paloh, Kluang, Johor, pada 11 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mayat lelaki terbabit yang belum dapat dikenal pasti identitinya dianggarkan berusia lingkungan 40 tahun dan dipercayai dibunuh sebelum dibuang ke dalam parit kira-kira 100 meter dari Jalan Paloh Kluang berhampiran Central Paloh.
Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati muka mangsa mula mereput, bahagian perut yang terburai dipercayai dibunuh kira-kira tiga hingga empat hari lalu sebelum ditinggalkan di lokasi berkenaan.
“Tiada pengenalan diri ditemui berhampiran tempat kejadian. Mangsa ditemui hanya memakai stokin namun tidak berbaju dan seluar oleh seorang pemancing sebelum memaklumkannya pada Balai Polis Paloh.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ke tempat kejadian untuk siasatan selanjutnya," katanya.
Muhamad berkata, saksi menemui mangsa ketika berhenti berhampiran tempat kejadian untuk memancing ikan, namun ternampak jasad dalam keadaan terlentang berhampiran jambatan.
“Mayat dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat dan kes ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Oleh itu, sekiranya penduduk di Central Paloh atau sekitar Bandar Kluang serta kawasan berdekatan ada melihat sesuatu yang mencurigakan antara tiga hingga empat hari lalu berhampiran tempat kejadian diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan," katanya.
Beliau berkata, jika ada sesiapa yang kehilangan ahli keluarga dalam tempoh terdekat ini dikehendaki datang ke IPD Kluang untuk mendapatkan maklumat dan membuat pengecaman mayat di hospital.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s7gjBE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kesan tikaman hampir seluruh badan
Anda sekarang membaca artikel Kesan tikaman hampir seluruh badan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kesan-tikaman-hampir-seluruh-badan.html