KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN

KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN
link : KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN

Baca juga


KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN

Kes dera sampai mati arwah Zulfarhan hampir selesai. Akhirnya lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain Mei lalu.

Manakala seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa berusia 21 itu juga merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu.

Lima tertuduh berkenaan adalah Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali, didakwa bersubahat.

Semua tertuduh yang berusia 21 tahun itu hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Tertuduh, Mohd Akmal, Azamuddin, Muhammad Najib, Muhammad Afif dan Mohamad Shobirin, didakwa secara bersama-sama membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Abdoul Hakeem didakwa bersubahat dengan lima tertuduh membunuh mangsa di tempat dan pada masa yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam pada itu, seorang wanita tampil mendedahkan lima wajah penuntut UPNM yang didakwa membunuh arwah Zulfarhan. Wanita yang dipercayai ibu saudara arwah itu telah mendedahkan nama-nama dan wajah menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi entri tersebut, wanita itu meluahkan kekecewaan terhadap sikap enam remaja tersebut dan berharap hukuman yang bakal dijatuhkan setimpal dengan insiden yang menimpa anak saudaranya.

“Tak payah nak cover sangat muka korang. Bila naik court tahu pula korang nak tutup muka bagai.

“Sebab apa? Baru nak fikir hati perasaan keluarga ke atas perbuatan korang. Masa korang buat anak saudara aku tu korang tak fikir pulak apa perasaan family kitorang semua kan.

“Especially mak dan ayah arwah Zulfarhan. BERANI BUAT… BERANI TANGGUNG.. Kau rembat anak saudara aku sampai hilang nyawa.

“Kami semua doakan korang dapat balasan setimpal. Kalau ikut hati kami satu keluarga akan buat macam mana korang buat arwah.

“TAPI kami masih ada iman walau sebesar zarah… So hanya pada Allah kami mohon agar korang digantung sampai mati!!!!,” tulisnya.

Entri itu juga turut disertakan dengan hashtag #justice4along #AlFatihah #ZulfarhanOsman.

Posting wanita berkenaan mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya bersetuju dengan status tersebut. Namun begitu, ada juga yang berharap orang ramai tidak keterlaluan mengecam suspek bagi menghormati perasaan keluarga mereka.

p/s: Bagaimana pula dengan perasaan keluarga mangsa?

Sumber asal: Astro Gempak

Tags: featured, kes bunuh upnm, kes bunuh zulfarhan, kes dera sampai mati, uniten, upnm, zulfarhan osman zulkarnain

Category: INFO SEMASA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2swywIX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN

Sekianlah artikel KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KES DERA SAMPAI MATI – IBU SAUDARA DEDAH LIMA WAJAH ‘PEMBUNUH’ ZULFARHAN dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kes-dera-sampai-mati-ibu-saudara-dedah.html

Subscribe to receive free email updates: