Judul : Kes Belasah Wanita, Lydiawati Didenda RM4,000
link : Kes Belasah Wanita, Lydiawati Didenda RM4,000
Kes Belasah Wanita, Lydiawati Didenda RM4,000
MASIH ingat lagikah anda , video viral pelakon Lydiawati membelasah seorang wanita yang mengganggu hidupnya, tahun lalu?
Susulan kejadian itu, Mahkamah Majistret Ampang, Selangor, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM4,000 kepada Lydiawati atas kesalahannya memukul seorang wanita warga Brunei.
Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Lydiawati, 51, atau nama sebenarnya Salima Zaimon selepas dia mengaku bersalah memukul wanita tersebut menggunakan besi pada Mac tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan aktres senior itu dipenjara 14 bulan, sekiranya gagal membayar denda.
Namun, Lydiawati membayar denda yang dikenakan tersebut.
Mengikut perbicaraan, Lydiawati sengaja mendatangkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa, 43, di sebuah hotel di Ampang, kira-kira 6.30 petang, 24 Mac tahun lalu.
Atas kesalahan itu, Lydiawati didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada itu, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Lydiawati mendakwa tidak tahan sering diganggu dengan panggilan dan teks lucah daripada peminat pengkid berusia sekitar 40-an yang mendakwa dirinya kerabat diraja Brunei dan mempunyai gelaran Tuanku. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t0MVcP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kes Belasah Wanita, Lydiawati Didenda RM4,000
Anda sekarang membaca artikel Kes Belasah Wanita, Lydiawati Didenda RM4,000 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kes-belasah-wanita-lydiawati-didenda.html