Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap

Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap
link : Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap

Baca juga


Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap

GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung kes seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa meminta rasuah daripada seorang pegawai polis di Pulau Pinang telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya semalam untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya sama ada pegawai berusia 38 tahun berkenaan didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

“Pegawai yang bertugas di Unit Risikan Zon Utara SPRM Putrajaya itu tamat reman semalam dan dia telah dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan kes itu juga telah siap dan kami tunggu arahan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Jumaat lepas, pegawai itu ditahan di sebuah restoran di Taman Machang Bubok di sini, pada 10.20 malam selepas dipercayai menerima RM3,000 hasil pemerasan daripada pegawai polis dan direman lima hari bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas kad kuasa, beg sandang, dua kelongsong peluru 9mm, telefon bimbit dan sebuah kereta Volkswagen daripada pegawai SPRM itu.

Chuah berkata berdasarkan siasatan, pegawai SPRM itu terlibat dalam kegiatan pemerasan membabitkan beberapa pegawai polis di Pulau Pinang sejak dua tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata polis kontinjen Pulau Pinang akan terus memerangi kegiatan perjudian di negeri itu dengan menjalankan operasi bersepadu di Pusat Hiburan Keluarga yang menyalah guna lesen serta premis mesin judi haram.

“Sejak Januari hingga Jun, sebanyak 211 premis mesin judi telah diperiksa dan sebanyak 325 tangkapan membabitkan pemain serta pekerja dibuat. Dalam tempoh sama kami juga merampas 703 mesin judi, simulator dan komputer riba yang digunakan untuk aktiviti perjudian,” katanya.

Selasa lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan polis Pulau Pinang memerangi habis-habisan kegiatan perjudian yang disifatkannya sebagai semakin serius di negeri ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu mereka yang terlibat dalam kegiatan itu terutama dalangnya ditangkap dan didakwa di mahkamah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdkPvL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap

Sekianlah artikel Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas Siasatan Pegawai Ugut Polis Telah Siap dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kertas-siasatan-pegawai-ugut-polis.html

Subscribe to receive free email updates: