Judul : Kerana Enggan Tinggal Bersama, Isteri Dibakar Suami Sendiri Sehingga Mati
link : Kerana Enggan Tinggal Bersama, Isteri Dibakar Suami Sendiri Sehingga Mati
Kerana Enggan Tinggal Bersama, Isteri Dibakar Suami Sendiri Sehingga Mati
Memetik laporan Harian Metro, seperti yang dilaporkan Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Abd Hamid berkata, kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 44 tahun ketika itu sedang membersihkan ayam di dalam sinki yang terletak di belakang rumahnya sebelum suaminya yang datang menaiki motosikal bertindak membaling satu botol berisi minyak petrol yang telah dibakar ke arah mangsa.
Kejadian berkenaan telah disedari oleh anak lelaki mangsa yang berumur 19 tahun setelah terdengar jeritan ibunya dari arah belakang rumah tersebut.
Anak lelaki mangsa dengan segera ke belakang rumah sebelum mendapati seluruh badan ibunya sedang terbakar dan berbau petrol. Ketika itu juga dia ternampak ayahnya sedang melarikan diri, katanya.
Mangsa juga dikatakan sempat masuk ke bilik air dengan tujuan untuk memadamkan api yang sedang membakar badannya sebelum dia dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh anak lelakinya itu serta kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Walau bagaimanapun, seorang kakitangan unit kebakaran HSB telah menghubungi polis kira-kira jam 8.27 pagi malam semalam dan memaklumkan bahawa mangsa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Sehubungan itu, suami mangsa yang berusia 44 tahun yang dikatakan telah menjadi seorang gelandangan semenjak dua tahun lalu telah ditahan polis untuk mendapatkan keterangan siasatan lanjut.
Menurut Saifi lagi, anaknya memberitahu, kejadian berkenaan berlaku setelah mangsa dikatakan enggan untuk tinggal bersama ayahnya dan turut mendakwa bahawa ibu bapanya ketika itu sedang dalam proses penceraian serta telah tinggal berasingan semenjak 10 tahun lalu.
Selain itu, setelah bedah siasat dilakukan, mangsa didapati mengalami kesan terbakar dan lecur di seluruh bahagian badannya. Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r7WBAK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Kerana Enggan Tinggal Bersama, Isteri Dibakar Suami Sendiri Sehingga Mati
Anda sekarang membaca artikel Kerana Enggan Tinggal Bersama, Isteri Dibakar Suami Sendiri Sehingga Mati dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kerana-enggan-tinggal-bersama-isteri.html