KUALA LUMPUR – Hasrat ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk mara ke pusingan separuh akhir siri final Kejohanan Persatuan Skuasy Profesional (PSA) Dunia musnah selepas menerima kekalahan kedua berturut-turut peringkat kumpulan di Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE), , awal pagi tadi.
Kegagalan itu menyaksikan Nicol, yang menduduki ranking keenam dunia, terus kecundang dalam usaha memburu gelaran pertamanya pada siri Jelajah Dunia musim ini.
Nicol, yang diundi dalam Kumpulan B, terpaksa akur dengan kehebatan pemain pilihan pertama kejohanan, Nour El Sherbini dari Mesir apabila tewas 6-11, 9-11 dalam perlawanan kedua kumpulan, demikian menurut laporan http://ift.tt/1TEG4OH.
Pada Selasa lepas, beliau dikecewakan pemain England, Laura Massaro 10-12, 10-12 pada perlawanan pembukaan kumpulan.
Bekas pemain nombor satu dunia itu dijadual bertemu pemain ranking ketujuh dunia dari England, Sarah-Jane Perry untuk melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung awal pagi esok. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qYdAq5
Demikianlah Artikel Kejohanan PSA: Nicol Gagal Mara Ke Separuh Akhir
Sekianlah artikel Kejohanan PSA: Nicol Gagal Mara Ke Separuh Akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kejohanan PSA: Nicol Gagal Mara Ke Separuh Akhir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kejohanan-psa-nicol-gagal-mara-ke.html