Keganasan Terhadap Wanita

Keganasan Terhadap Wanita - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keganasan Terhadap Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keganasan Terhadap Wanita
link : Keganasan Terhadap Wanita

Baca juga


Keganasan Terhadap Wanita

Keganasan Terhadap Wanita

Assalamualaikum. I am going to have my point stated clearly here. Sesuai dengan tajuk, what I am trying to say here is some advices yang diharap dapat dihadam dan diterima wanita wanita diluar sana.

Sekarang masyarakat hangat dipertontonkan dengan drama Andainya Takdir. Plot cerita, keganasan rumahtangga, kepincangan dalam keluarga, masalah mertua-menantu dan sebagainya. The only issue yang saya nak highlightkan adalah keganasan rumahtangga especially keganasan terhadap wanita.

Baru baru ini saya dikejutkan dengan berita daripada kenalan terdekat mengenai nasib dirinya yang senasib dengan jalan cerita Andainya Takdir. Rupanya sudah lama dia makan hati, makan sepak terajang suami sendiri. Lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung wanita. Bila ditanya mengapa selama ini dia merahsiakan segalanya, alasan sayang terpacul dari mulut beliau. Dah berapa lama suami memperlakukan kau dengan perlakuan sebegitu? Sudah hampir 5 tahun katanya. MasyaAllahh. Mengucap panjang saya dengar cerita dia.

Selama ini tak pernah nampak rumahtangga dia bermasalah. Pandai dia menyembunyikan segala jerit perih menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tak berhati perut sebegitu. Ditanya kenapa dia ambil keputusan untuk buat laporan polis kali ini, katanya dah tak mampu bertahan. Bukan setakat badan yang lunyai dipukul, wang ringgit semua habis dikebas si suami. Tambahan pula suami punya wanita lain dibelakangnya. Makin meluap kemarahan saya pada suaminya.

Itu cerita mereka yang sudah berumahtangga. Jangan terkejut jika saya katakan zaman sekarang ini, wanita yang dalam fasa perhubungan (tanpa ikatan pertunangan/pernikahan) pun ramai yanv terbelenggu dengan masalah yang sama. Teman lelaki kaki kikis, kaki pukul, kaki perempuan, taik judi, ramai skandal, tapi yang saya pelik mereka masih setia dengan pasangan yang mendera itu. Kenapa ya?

Alasan sayang saja tidak memadai. Belum nikah lagi dah berani dia memperlakukan sebegitu, bayangkan nasib selepas nikah nanti? Tak kesian ke kalian pada ibu ayah yang selama ini menatang kalian bagai minyak yang penuh? Bayangkan betapa hancurnya hati mereka mendengar perkhabaran yang sebegini mengenai lelaki pilihan anak tersayang. Maaf, tapi saya kurang setuju dengan dakwaan perangai sebenar hanya akan diketahui selepas kahwin. Maaf cakap sekali lagi, lelaki yang suka mendera dan mengikis duit wanita dan gemar berfoya foya ni bukan tiba tiba sahaja berubah. Perangai itu sebenarnya sudah sebati dengan diri mereka sejak azali lagi. Cuma kadang2 kita sebagai perempuan terlalu terbuai dengan janji dan ayat manis lelaki. Dan kebiasaannya kita buta kerana terlalu mencintai. Peluang demi peluang kita beri sampai mereka rasakan yang mereka punya kuasa keatas kita.

Wanita.

Tolonglah, sayangi diri kalian. Jangan terus terusan setuju untuk hidup dalam perhubungan yang mendera (abusive relationship). Tiada istilah sayang jika mereka sanggup memperlakukan kita sedemikian rupa. Jangan terpedaya dengan pujuk rayu mereka. Sedangkan dalam undang2 keluarga Islam pun, wanita diberi hak menuntut cerai jika didapati terdapat keganasan dalam rumahtangga berlaku. Jangan jadi bodoh dan lemah wanita. Kasihankan anak2 sekalipun, bukan dengan cara membesarkan mereka dengan persekitaran yang sebegitu. Anak2 melihat ibunya dipukul saban hari, bukanlah persekitaran yang baik untuk membesarkan anak anak.

Seperti watak Tihah dalam drama Andainya Takdir. Ramai wanita yang terperangkap dalam jalan cerita sama, bertindak sebegitu. Beri peluang. Cuba untuk perbaiki keadaan. Cuba untuk beri semangat. Yelah, sayangkan suami, sayangkan rumahtangga, termakan dengan pujuk rayu sang suami. Hakikatnya dalam diam, kita menderita. Untuk apa? Ya, semua orang layak diberi peluang kedua. Tapi, susah untuk saya lihat contoh mereka yang benar2 berubah. Kebiasaannya apabila usia sudah lanjut, si suami sudah mula sakit2 dan tidak berdaya, barulah mereka mula berubah. Selagi namanya muda, tenaga masih kuat, jarang sekali saya lihat contoh yang boleh diambil iktibar.

Lelaki.

Mereka ingat mereka kuat, mereka berkuasa keatas kita kerana kita sentiasa memaafkan kesilapan mereka. Sebesar mana pun dosa itu. Tapi pengajaran? Adakah mereka benar2 menyesal dan mengambil pengajaran dari rentetan peristiwa yang telah terjadi? Cukuplah dengan pujuk rayu kalian.

Sekali lagi saya merayu golongan wanita yang hidup teranaiya seperti ini, tak kisahlah yang sudah berumahtangga atau belum, tolonglah kasihani diri kalian. Minta bantuan pakar. Report pada pihak berkuasa sekiranya kejadian tersebut kerap berlaku. Jauhkan diri anda dari lelaki lelaki seperti ini. Mereka tidak layak untuk disayangi dan diberi peluang. Ingat! Jika sekali perkara itu terjadi, maaih boleh dimaafkan, tapi sekiranya perkara yang sama terus berulang, sayonara lah jawabnya. Love yourself ladies.

Wanita

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s49LlX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Keganasan Terhadap Wanita

Sekianlah artikel Keganasan Terhadap Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keganasan Terhadap Wanita dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/keganasan-terhadap-wanita.html

Subscribe to receive free email updates: