Judul : Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung
link : Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung
Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung
Suami merupakan nakhoda yang mengemudi bahtera dalam melayari hubungan kekeluargaan. Jika nakhoda itu mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik, maka pelayaran tersebut pasti selamat sampai ke destinasi yang dituju. Namun, jika tanggungjawab itu tidak diendahkan atau diambil mudah, hanya masa yang menjadi penentu karamnya bahtera tersebut.
Itulah gambaran paling mudah untuk menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab seorang suami terhadap keluarga, termasuk isterinya. Saat suami bersalaman dengan jurunikah dan mengucap akad, ketika itulah termeterainya tanggungjawab seorang suami.
Presiden Pertubuhan Pembangunan Penduduk Malaysia, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, asas kepada sebuah keluarga harmoni adalah hubungan suami isteri yang baik. “Suami memainkan peranan penting dalam memastikan setiap keperluan ahli keluarga mencukupi termasuk isteri.
Kreatif
“Namun, ketika itu suami seharusnya lebih kreatif memberi teguran. Bukannya dengan kekerasan,” katanya baru-baru ini. Bagaimanapun, kes melibatkan keganasan rumah tangga semakin menjadi-jadi mutakhir ini.
Media baru-baru ini melaporkan, seorang pegawai polis tergamak menembak mati isterinya yang hamil dua bulan di Kampung Kakai, Serian, Sarawak. Mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak pada leher dan kepala oleh suaminya yang merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor di sebuah balai polis di Belaga, Sarawak.
Difahamkan, pasangan itu mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lalu. Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta jenis Proton Saga BLM. Bagaimanapun, suspek berjaya ditangkap di Matang, Kuching kira-kira 80 kilometer dari lokasi kejadian. Kejadian itu berpunca daripada rasa marah selepas mengesyaki wanita tersebut berlaku curang. Ujian air kencing mendapati, inspektor polis itu positif mengambil jenis syabu.
Dalam perkembangan lain, perbuatan seorang suami menyepak muka isteri kerana enggan mengikutnya pulang ke rumah ibu mertua berbalas selepas Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas tertuduh awal tahun lalu.
Tertuduh, Sahabuddin Ahmad, 39, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Sahabuddin didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap isterinya, Siti Norlizawati Ahmad, 34, di bahagian gigi dengan menggunakan kaki di Lot 487, Batu 2, Jalan Pengkalan Chepa kira-kira pukul 11 pagi pada 20 Disember 2016.
Bagaimanapun, isu itu tidak seharusnya berlanjutan sehingga kini. Menurut Pakar Sosiologi Universiti Selangor, Prof. Dr. Mohd. Zaidi Hajazi, masyarakat seharusnya memainkan peranan untuk mengambil peduli perkara yang berlaku di sekeliling.
“Jika masyarakat lebih prihatin terhadap persekitaran, jenayah melibatkan rumah tangga dapat dikurangkan. Individu yang terlibat dengan keganasan rumah tangga berkemungkinan mempunyai masalah dalam kawalan tingkah laku. Justeru, kita perlu jaga tepi kain orang dan melaporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin jika berlaku perkara mencurigakan di sekeliling kita,” jelasnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rU8bD3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung
Sekianlah artikel Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keganasan Rumah Tangga Tiada Penghujung dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/keganasan-rumah-tangga-tiada-penghujung.html