KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA

KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA
link : KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA

Baca juga


KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA

Tidak ada sebarang protes rasmi dihantar Putrajaya kepada AS ekoran saman sivil dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) negara itu terhadap 1MDB yang dianggap sebagai salah satu tindakan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Seorang jurucakap kedutaan AS memberitahu Malaysiakini, pihaknya tidak menerima sebarang notis daripada kerajaan negara ini.

“Tiada setakat apa yang kami ketahui,” katanya Pegawai Perhubungan Media Kedutaan AS, Drake Weisert, ketika dihubungi hari ini.

Ekoran tindakan DOJ mengemukakan saman sivil terbaru pada Khamis lalu, beberapa pihak mentafsir langkah itu sebagai cubaan AS mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia.

Antaranya ialah Menteri Komunikas dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak, semalam.

Kata Salleh, saman sivil ketiga difailkan DOJ itu biasanya akan dikecam secara menyeluruh jika berlaku pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kata Salleh, sebahagian besar pernyataan DOJ adalah mengenai apa yang sedang berlaku di Malaysia, dan yang lebih besar adalah, sama ada jenayah benar-benar dilakukan di AS seperti yang didakwa.

Beliau berkata masyarakat antarabangsa boleh mengulas mengenai isu seperti “amalan hak asasi manusia, kebebasan sivil, buruh kanak-kanak, seks kanak-kanak dan pembunuhan beramai-ramai”, tetapi mereka mempunyai had.

“Selain itu, anda (perlu) menghormati kedaulatan negara lain,” katanya.

Tegas pertahankan PM

Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mencabar DOJ membuat pendakwaan di mahkamah jika agensi penguat kuasa terbabit memiliki bukti berkaitan dana 1MDB yang didakwa mereka diselewengkan.

Hishammuddin juga menyatakan keraguannya mengenai identiti sebenar Malaysian Official 1.

Malaysiakini difahamkan, Wisma Putra tidak mempunyai rancangan untuk menyatakan bantahan rasmi kepada AS buat masa ini.

Khamis lalu DOJ – melalui dokumen setebal 215 halaman – menyatakan tindakan mereka untuk menyita sejumlah aset yang didakwa diperoleh secara salah melalui penyelewengan dana 1MDB.

Dalam dokumen itu ada beberapa nama dipetik secara langsung atau tidak, termasuk Malaysian Official 1 (MO1) serta isterinya.

Ia mengundang kritikan keras pihak pembangkan, tetapi di kalangan pemimpin kerajaan mereka tegas mempertahankan Datuk Seri Najib Razak yang disebut-sebut sebagai MO1 itu.

Perdana menteri berkali-kali menegaskan beliau tidak terbabit dalam sebarang salah laku pengurusan dana 1MDB, manakala Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sudah membebaskan beliau daripada sebarang kesalahan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rH5S8g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA

Sekianlah artikel KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEDUTAAN AS: TIADA BANTAHAN DARI MALAYSIA dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kedutaan-as-tiada-bantahan-dari-malaysia.html

Subscribe to receive free email updates: