Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha

Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha
link : Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha

Baca juga


Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merampas 999 kilogram (kg) ‘smoking tobacco’ atau tembakau shisha bernilai RM215,784 di gudang kargo udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA Sabtu lepas.

Timbalan Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan pematuhan) KLIA Abdull Wahid Sulong memberitahu sidang media di sini hari ini, tembakau itu dibungkus dalam 37 kotak yang melibatkan cukai sebanyak RM109,458.83 tiba melalui penerbangan Oman Air dari Dubai ke Kuala Lumpur.

Menurut Abdull Wahid, pengimportan tembakau shisha memerlukan lesen import di bawah Peraturan 18, Peraturan-peraturan Kastam 1977 dan sehingga kini siasatan menunjukkan tiada permit dikemukakan untuk dagangan tersebut.

“Siasatan awal menunjukkan bahawa smoking tobacco itu diikrar sebagai ‘molasses flavour’ dan alamat digunakan di Klang adalah palsu,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang larangan yang mana jika disabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Ini merupakan rampasan kelapan melibatkan smoking tobacco bagi tahun ini. Jumlah keseluruhan rampasan smoking tobacco setakat ini ialah 9,000kg dengan nilai keseluruhan RM500,00 dan cukai RM700,00,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sr2fQS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha

Sekianlah artikel Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kastam KLIA Rampas 999 Kg Tembakau Shisha dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kastam-klia-rampas-999-kg-tembakau.html

Subscribe to receive free email updates: