Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya
link : Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Baca juga


Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya

PETALING JAYA: Pelbagai dugaan dihadapi menjelang Aidilfitri dan terbaharu tular di media sosial kisah sekeluarga tiga beranak meminta bantuan di Facebook mengharapkan budi baik orang ramai untuk menumpangkan mereka pulang ke kampung sempena hari raya ini.



“Mohon jasa baik warga Kuantan, kami hendak tumpang ke Kelantan, nak balik raya. Kami tiga beranak. Kami bayar. Demi ayah dan bonda di kampung. Tiket sudah habis. Mohon jasa baik,” menurut posting Facebook ‘Hana Humaira’ yang dikongsikan di Facebook ‘Komuniti Kuantan’, Jumaat lalu.

Setakat ini, ‘posting’ tersebut dikongsikan lebih 60 kali dan mendapat ratusan komen daripada pengguna Facebook.

Ramai bersimpati terhadap luahan Mohd Azhar Abdullah, 32, dan Hajar Azmi, 29, bersama anak perempuan mereka, Nur Hana Humaira, sembilan bulan, termasuk mencadangkan beberapa bantuan bagi mempermudahkan urusan tiga beranak itu.

Mohd Azhar ketika dihubungi mStar Online berkata, dia terpaksa meminta bantuan kerana kekangan kewangan sebab terima bayaran upah yang tidak menentu, selain keadaan isterinya seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak masih kecil.

“Saya bekerja sendiri mengambil upah memotong rumput, dan kadang-kadang membantu katering. Jadi, upah tidak menentu, antara RM500 sehingga RM700 sebulan. Tak banyak, tapi Alhamdulillah cukup-cukup makan.

“Kebetulan pula, kereta saya rosak dan dihantar ke bengkel jadi perlukan kos tinggi untuk dibaiki. Nak naik bas pula tiket dah habis.

“Dengan isteri OKU, anak masih kecil dan barang-barang nak dibawa balik ke kampung mertua di Kg Kubang Bulat di Pasir Puteh, Kelantan jadi kami fikir lebih baik untuk tumpang kereta dari rumah kami di Peramu Jaya di Pekan, Pahang,” katanya sambil menambah isterinya adalah pemegang kad OKU bagi kategori ketidakupayaan fizikal.

Bagaimanapun Mohd Azhar berkata, dia bukanlah mahu meminta bantuan kewangan tetapi hanya mahu dibantu dari segi pengangkutan balik ke kampung.

“Saya tidak mahu orang ramai salah faham. Saya bukan nak duit tetapi hanya tumpangkan kami. Apa cara bantuan pun, biarlah kos tersebut ditanggung sendiri oleh penyumbang dan bukannya wang disalurkan kepada kami.

“Kalau ada yang sudi sumbangkan tiket bas, kami pula mengharapkan bantuan untuk menghantar kami ke terminal bas di Kuantan. Tak kisahlah macam mana pun, kalau kami terpaksa tumpang tiga beranak duduk di belakang lori pun kami sanggup asalkan dapat pulang berhari raya sebab dah janji dengan keluarga,” katanya.

Mohd Azhar berkata, dia menerima beberapa tawaran untuk membantunya sekeluarga sejak ‘posting’ berkenaan dimuat naik pada Jumaat.

“Ada yang nak tumpangkan kami tetapi mereka tidak pasti sebab masih belum berjumpa. Kami pula tak banyak wang untuk bayar tumpang, setakat RM50 itu bolehlah. Sebab itu nak guna khidmat Uber atau Grab membabitkan kos ratusan ringgit, jadi kami tak mampu,” katanya.

Pada masa sama pasangan yang sudah berkahwin hampir tiga tahun masih dalam pertimbangan untuk menerima sebarang tawaran atas faktor keselamatan.

“Ada tawaran yang agak mencurigakan dan ada tawaran belum pasti. Sekarang pula macam-macam kes jenayah seperti culik dan rompak. Itu juga kami risau.

"Namun kami berharap masih ada insan di luar sana yang benar-benar ikhlas sudi membantu kami supaya dapat pulang ke kampung menyambut Aidilfitri kali ini," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqCgZX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya

Sekianlah artikel Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kami Sanggup Tumpang Belakang Lori Balik Raya dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kami-sanggup-tumpang-belakang-lori_67.html

Subscribe to receive free email updates: