Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan

Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan
link : Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan

Baca juga


Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan

Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan notis arahan pemberhentian sementara projek pembangunan bercampur di atas tapak tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah yang berkuatkuasa 15 Mei lalu. Projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1.2 bilion itu dijadualkan membabitkan empat fasa iaitu Fasa 1, 1A, 2 dan 3 di atas keluasan 49.4 hektar tanah tebus guna.

Tindakan itu diambil selepas penduduk setempat membuat aduan projek pembinaan berdekatan laut itu dikhuatiri akan mengancam hasil laut untuk lebih 250 keluarga nelayan di situ. Berdasarkan Draf Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), projek itu dijangka menjadi sebuah perbandaran baharu yang menawarkan banglo mewah, kondominium dan pusat membeli-belah. 

Risiko pada penduduk

Meskipun kerajaan Kedah dilaporkan akur dengan arahan notis pemberhentian sementara tersebut, persoalan timbul bagaimana projek tambakan laut itu boleh dimulakan pada awal tahun ini jika ia tidak pernah mendapat kebenaran JAS. Persoalan itu dibangkitkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul baru-baru ini. 

"Adakah projek itu diteruskan oleh pihak-pihak berkepentingan walaupun mengetahui risiko yang bakal dihadapi? Pihak yang terlibat sepatutnya perlu mengambil kira semua kesan dan risiko yang mungkin akan dihadapi oleh penduduk," katanya.

Justeru, Johari berpandangan pihak bertanggungjawab perlu mengkaji semula kesan aktiviti penambakan laut itu dan menuntut perhatian serius oleh kerajaan negeri Kedah. Beliau bagaimanapun percaya rakyat Kedah tidak menolak pembangunan, tetapi pada masa sama mahu memastikan alam sekitar dan sumber lautnya terpelihara.

Penduduk setempat membuat aduan projek pembinaan berdekatan laut itu dikhuatiri akan mengancam hasil laut membabitkan lebih 250 keluarga nelayan di situ.

Apa itu projek tebus guna laut?

Faktor kelestarian alam sekitar dan keselesaan penduduk setempat mesti diberi keutamaan dalam apa jua situasi pembangunan yang dirancang. Pembangunan Aman Laut pernah dilaporkan bakal mentransformasikan pasaran hartanah Kedah dan menjadi sebuah bandar baharu yang terletak di pantai Kuala Kedah.

Tebus guna laut merupakan proses pembentukan daratan baru daripada dasar laut atau sungai untuk kegunaan kegiatan manusia. Walaupun projek penambakan laut mempunyai banyak kebaikan, tetapi ia boleh juga mengundang kemudaratan daripada sudut alam semulajadi dan demografi jika tidak diurus dan dilaksanakan dengan baik.

Sebelum ini projek tambakan laut Seri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong, Pulau Pinang dilaporkan menyebabkan kerugian kepada lebih 4,000 nelayan di ne­geri itu. Projek Forest City dan R(amp)F Princess Cove di Selat Johor pada tahun 2014 pernah menimbulkan kebimbangan Singapura mengenai potensi kesan rentas sempadan ke atas negara itu.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s2eHsf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan

Sekianlah artikel Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kaji Semula Aktiviti Penambakan Laut Selepas Projek Aman Laut Bernilai RM1.2 Bilion Dihentikan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/kaji-semula-aktiviti-penambakan-laut.html

Subscribe to receive free email updates: