Judul : JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan
link : JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan
JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan
KUANTAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan apabila bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.
Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.
“Daripada 1,813 permohonan, 1,018 orang mahu mendapatkan khidmat nasihat, mengambil borang atau membuat semakan terhadap permohonan sebelum ini.
“Sepanjang program ini berlangsung, JPN juga menerima permohonan daripada kaum lain. Kita mohon mereka yang ada masalah, tidak kira apa pun supaya hadir ke program ini kerana ia diadakan untuk memudahkan mereka berurusan dengan JPN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mohd Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesaikan masalah pemohon secepat mungkin, kerana pihaknya perlu menjalankan siasatan termasuk membuat semakan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.
Sementara itu, Pengurus SITF G. K Ananddan menyifatkan dakwaan 300,000 orang India mempunyai masalah kewarganegaraan adalah tidak lojik memandangkan jumlahnya terlalu besar jika dibandingkan dengan populasi kaum tersebut di negara ini yang dianggarkan seramai 2.1 juta.
Program MyDaftar juga menurut beliau setakat ini, telah menerima 12,000 permohonan masyarakat India melibatkan masalah berkaitan kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan.
Menurutnya daripada jumlah itu, 7,000 permohonan berjaya diselesaikan manakala bakinya masih dalam pertimbangan kerana masalah berkaitan dokumen tidak lengkap dan sebagainya, katanya.
Beliau juga menolak kemungkinan kaum India tidak sedar akan kewujudan program MyDaftar memandangkan publisiti telah diberikan menerusi media cetak dan elektronik, media sosial dan juga penyebaran brosur di lokasi tumpuan.
“Masalah kewarganegaraan berpunca akibat kurang kesedaran dan masalah gejala sosial dalam masyarakat sendiri. Kerajaan tidak wajar dipersalahkan dalam isu ini kerana tanggungjawab untuk mendaftar kelahiran terletak pada ibu bapa atau penjaga.
“Mereka yang seharusnya tampil melakukan urusan (pendaftaran). Tapi ada yang hanya berdiam diri dan datang berurusan dengan JPN apabila mengalami kesukaran seperti tidak boleh mendaftarkan anak ke sekolah kerana tiada sijil kelahiran,” kata Ananddan.
Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mengalami masalah itu agar segera menyelesaikannya kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk pemohon mengemukakan bukti mereka dilahirkan di negara ini. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNQYwo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan
Anda sekarang membaca artikel JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/jpn-nafi-300000-kaum-india-tidak-punyai.html