Judul : Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa
link : Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa
Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa
QUITO – Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas, memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya rampasan kuasa berikutan tindakan sesetengah pihak cuba mengaitkan beliau dengan kesalahan rasuah serta merosakkan reputasi beliau.
Dalam satu temubual dengan stesen radio Ciudadana, Glas menegaskan beliau tidak terlibat dan ‘bersih’ daripada tuduhan yang dikaitkan dengannya.
Beliau turut mendakwa syarikat pembinaan Brazil, Odebrecht yang kini disiasat berhubung skandal rasuah, jelas cuba mengheret pentadbiran kerajaan dalam siasatan tersebut.
Jelas Glas, dia dituduh menyebabkan kerugian kira-kira US$400 juta kepada Odebrecht.
Ia melibatkan beberapa projek yang ditarik balik daripada syarikat pembinaan itu, bayaran sebanyak US$100 juta yang disekat, kontrak yang diberikan kepada syarikat itu bernilai sehingga US$200 juta namun tidak ditandatangani, katanya ketika menyebut beberapa alasan yang menyebabkan dia diseret dalam skandal berkaitan konglomerat pembinaan dari Brazil itu.
Glas juga menawarkan untuk menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkara itu kepada Parlimen, namun beliau tidak dipanggil kerana tidak ada bukti terhadapnya.
Mengulas lanjut, Glas berkata beliau bersedia untuk disiasat secara menyeluruh walaupun tahu ia bukan satu pengalaman yang menyenangkan.
– BERNAMA-NNN-PRENSA LATINA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdgnwM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa
Anda sekarang membaca artikel Jorge Glas Beri Amaran Cubaan Rampasan Kuasa dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/jorge-glas-beri-amaran-cubaan-rampasan.html