Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid

Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid
link : Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid

Baca juga


Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid


JOHOR BAHRU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan umat Islam di negara ini agar tidak taksub melampau terutamanya terhadap mana-mana individu sehingga boleh menjejaskan akidah dan kesucian agama Islam.

Beliau berkata taksub sebagai orang Islam dalam mempraktikkan keimanan dan ketakwaan dari segi Rukun Iman dan Rukun Islam memang sangat dituntut oleh agama.

"Tetapi ketaksuban yang melampau kepada mana-mana individu selain daripada Rasulullah dan juga ibu bapa kita, dikhuatiri akan menukar dan mengalih akidah kita," kata beliau ketika berucap pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Masjid Al-Mizan, Kempas, dekat sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata salah tafsir ayat Al-Quran, salah tafsir sunnah dan menyimpang jauh daripada ijmak ulama dan qiyas juga menyebabkan ketaksuban yang melampau ini sekaligus merosakkan agama itu sendiri.

"Kekhuatiran terhadap soal ketaksuban ini adalah kerana di akhir zaman ini kita lihat terdapat banyak kumpulan-kumpulan taksub yang dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'cult'.

"Kerana ketaksuban ini boleh membawa kepada perkara (seperti) melakukan harakiri (bunuh diri untuk menjaga kehormatan) mengikut budaya Jepun (dan) boleh melakukan pengeboman diri sendiri kononnya untuk berjihad, di mana maksud jihad bukanlah merosakkan orang lain atau merosakkan diri sendiri," kata beliau.

Oleh kerana itu, beliau berkata adalah tidak adil menyalahkan orang lain apabila wujudnya Islamofobia.

Ahmad Zahid berkata wujudnya Islamofobia dalam kalangan masyarakat bukan Islam kerana mereka menyalahtafsirkan Islam disebabkan perbuatan sesetengah orang Islam yang merosakkan imej Islam itu sendiri.

Sehubungan itu, katanya hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat Malaysia menterjemahkan kesederhanaan perlu sentiasa didukung.

Ahmad Zahid berkata dalam semangat keharmonian dan kemajmukan agama dan bangsa di negara ini, beliau berharap perkara itu dapat direalisasikan.

Timbalan Perdana Menteri kemudiannya mengimamkan solat Maghrib selepas majlis berbuka puasa yang turut disertai kira-kira 1,500 kakitangan dan pegawai Kementerian Dalam Negeri serta 100 anak yatim dan golongan asnaf sekitar Kempas.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rH0Nef

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid

Sekianlah artikel Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Taksub Terhadap Individu Sehingga Jejas Akidah - Ahmad Zahid dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/jangan-taksub-terhadap-individu.html

Subscribe to receive free email updates: