Judul : ISU QATAR: QURAN CERITA TENTANG PERPECAHAN ARAB
link : ISU QATAR: QURAN CERITA TENTANG PERPECAHAN ARAB
ISU QATAR: QURAN CERITA TENTANG PERPECAHAN ARAB
BANYAK juga orang tanya saya berkenaan perkembangan di Asia Barat dan perhubungan Putrajaya dengan negeri-negeri berautonomi di Borneo.
[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]
Minta maaf saya kurang menulis bulan puasa ini. Ada tua, tiga masalah kecil yang besar kesannya.
Pertama tabiat saya menulis di kedai kopi. Oleh sebab Ramadhan, tak berapa elok saya duduk menulis di kedai kopi pada siang hari. Kedua, tahap kesihatan pun jatuh sikit kerana susah makan ubat dan ketiga kegiatan biasa berkaitan bulan puasa.
Berkenaan pemutusan hubungan diplomatik oleh beberapa buah negara Islam, khususnya Arab, dengan Qatar, saya sebenarnya tidak berapa berminat mengulas.
Maaf cakaplah kalau saya kata, pendapat (opinion) saya mengenai bangsa Arab tidak begitu positif.
Walaupun orang Arab yang kita jumpa di masjid di negara kita atau berkenalan secara sambil lewa (casual) di Mekkah adalah baik tetapi sebagai entiti politik mereka bukanlah contoh yang mengagumkan.
Mungkin kita terpaksa melihat bangsa Arab dan politiknya, termasuk cara mereka memonopoli Islam, dengan berbalik kepada sejarah silam.
Al-Quran menceritakan betapa tidak eloknya akhlak orang Arab. Mereka berpecah-belah, berkelompok, bermusuh-musuhan dan tidak bertamadun.
Kalau tidak kerana Nabi Muhammad Rasulullah (SAW) dan al-Quran boleh jadi bangsa Arab sudah lama pupus.
Betapa tidaknya. Mereka menanam hidup-hidup anak-anak perempuan mereka. Bila tidak ada wanita, macam mana nak membiak. Bila tidak membiak, jawabnya pupuslah.
Tak tahulah apa pandangan ulama, tok guru, tuan guru dan tok lebai. Tapi itulah pandangan rambang saya apabila mendengar cerita berkenaan akhlak orang Arab zaman jahiliah.
Kalau kita tengok sejarah, kita akan berasa dukacita bahawa zaman kegemilangan Islam di bawah kepemimpinan Arab sangat singkat dan terhad.
Tidak lama selepas kewafatan Rasulullah, umat Islam Arab mula berpecah kerana berebut kuasa. Yang lebih malang bagi Islam ialah perebutan kuasa itu berlaku kerana interpretasi yang berbeza mengenai al-Quran dan Hadis.
Islam menyerlah dan menjadi pencipta ilmu hanyalah apabila ia berkembang keluar daripada Semenanjung Arab ke Afrika Utara, Sepanyol dan Baghdad.
Kepemimpinan moden bangsa Arab menyerlah sedikit selepas Perang Dunia Kedua tetapi bukan atas nama Islam tetapi kerana nasionalisme yang dipimpin oleh nasionalis Arab seperti Gamal Abdel Nasser (Mesir), Ahmed Ben Bella (Algeria) dan Habib Bourguiba (Tunisia).
Mereka adalah antara pemimpin pasca-Perang Dunia Kedua yang menyemarakkan api nasionalisme di jiwa saya sebagai remaja pada tahun 1960’an. Yang lain adalah Sukarno, Fidel Castro dan Ernesto Che Guevara.
Cerita keperwiraan mereka saya baca dalam Utusan Melayu (tulisan jawi) dan Warta Negara serta majalah seperti Mastika dan Dian.
Tetapi era kegemilangan itu pun tidak kekal lama. Kuasa-kuasa besar Perang Dingin (Amerika, Kesatuan Soviet, China dan negara-negara Eropah) berasa terancam dengan nasionalisme Arab dan serentak itu mengidamkan kekayaan minyak bumi Arab.
Mereka mencipta senjata mutakhir bagi memusnahkan bangsa Arab dan sekali gus menghuru-harakan Islam secara total.
Dengan menyalahgunakan mandat Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka mewujudkan Israel di atas bumi yang selama ini dikenali sebagai Palestin. Dalangnya British dan Perancis.
Hari ini, tidak dapat tidak apa saja krisis, peperangan dan penaklukan yang berlaku di dunia Arab adalah kerana dua faktor ini – Israel dan minyak.
Yang lain – raja lawan presiden, syeikh lawan raja, raja lawan sultan – adalah cetusan kegiatan geopolitik yang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Rusia dengan Iran dan China sebagai agitator tambahan.
Tuduhan bahawa Qatar melindungi dan membantu Hamas serta menyokong gerakan ekstremis adalah rai·son d’ĂȘ·tre atau alasan bagi menghalalkan tindakan saja.
Qatar terlalu kecil (warganegara 313,000 orang dan pendatang asing 2.3 juta) untuk menjadi ancaman. Yang mungkin menjadi ancaman kepada negara-negara yang memusuhinya ialah tahap kemajuannya.
Pendapatan per kapita nominal Qatar sebanyak AS$68,940 (kira-kira RM310,230) adalah yang keempat tertinggi di dunia. Kalau ikut ukuran pariti kuasa membeli (PPP), Qatar nombor satu di dunia. Kemajuan Qatar boleh menyebabkan negara-negara jiran berasa cemburu dan malu.
NOTA KAKI: Berkenaan pertelingkahan cukai pelancongan di antara Putrajaya dan Sarawak yang dicetuskan oleh “menteri celupar” Nazri Aziz, saya tak perlu komen banyak. Memadailah kalau saya kata ia adalah cerminan tentang betapa kacau-bilau dan tidak berdayanya kepemimpinan Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak. Dia hilang kawalan ke atas kabinetnya sendiri sehingga watak seperti Nazri boleh bermaharajalela.
– http://ift.tt/1j9Uk47
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdbILi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk đ Like & đ Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel ISU QATAR: QURAN CERITA TENTANG PERPECAHAN ARAB
Anda sekarang membaca artikel ISU QATAR: QURAN CERITA TENTANG PERPECAHAN ARAB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/isu-qatar-quran-cerita-tentang.html