Judul : ISA: ‘SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN’
link : ISA: ‘SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN’
ISA: ‘SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN’
KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun terdapat gesaan agar beliau berbuat demikian.
Menurut Isa, tiada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan.
“Pasal apa saya nak letak jawatan? Bukan saya yang salah,” katanya dalam sidang media selepas program majlis sumbangan FGV kepada golongan asnaf, di Menara Felda, di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyarankan Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad mengambil jalan lebih bermaruah dengan melepaskan secara sukarela jawatan mereka.
Mohd Puad berkata, pertelingkahan antara Isa dan Zakaria telah menjadi satu episod yang memalukan.
Mengulas lanjut, Isa berkata, Mohd Puad berhak menyatakan pandangan sedemikian.
“Itu dia punya pandangan, sekarang ada macam-macam pandangan. Ada yang faham, ada yang tak faham pokok pangkal. Terserah kepada masing-masing untuk bercakap, itu hak mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Isa berkata, beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dipanggil membantu siasatan.
“Setakat ini saya masih belum dipanggil oleh SPRM,” katanya.
Isa juga berkata, beliau enggan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu berkenaan.
“Saya tak perlu cerita sama ada saya jumpa Perdana Menteri atau tidak. Saya tak nak libatkan Perdana Menteri,” katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rE7bTG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel ISA: ‘SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN’
Anda sekarang membaca artikel ISA: ‘SAYA TAKKAN LETAK JAWATAN’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/isa-saya-takkan-letak-jawatan.html