Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber

Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber
link : Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber

Baca juga


Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber

KUALA LUMPUR: Tan Sri Sulaiman Mahbob, Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM), dikatakan bakal mengambil alih jawatan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dari Tan Sri Isa Samad.

Perkara tersebut disahkan oleh sumber kepada akhbar tempatan, Berita Harian dan New Straits Times.

Sulaiman yang juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas TM, turut memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia dan Jambatan Kedua Sdn Bhd.

Menurut laporan, satu mesyuarat akan diadakan di Putrajaya bagi membincangkan isu FGV, di mana ia akan turut mengambil kira laporan yang disediakan pihak bebas dilantik kerajaan berkenaan situasi syarikat itu.

Laporan yang sama mengatakan Isa juga telah bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, pagi ini.

Ia menambah, kerajaan akan membuat pengumuman berkenaan kedudukan pengurusan tertinggi syarikat itu, termasuk Isa dan juga Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad, petang ini.

Pada 6 Jun lalu, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria, Ketua Pegawai Kewangan FGV Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti.

Delima Oil Products Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada FGV.

Ia susulan pertuduhan terdapat unsur salah guna kuasa melibatkan penangguhan bayaran syarikat Afghanistan, Safitex bagi produk kelapa sawit yang dibekalkan oleh Delima Oil Products Sdn Bhd.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa.

Pada 7 Jun lalu, kerajaan melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala bagi mengendalikan krisis FGV dan mencadangkan penyelesaian.

Setakat waktu terbitan berita ini, pihak FGV, FELDA mahupun kerajaan tiada mengeluarkan sebarang makluman rasmi berkenaan perkara ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIKLCr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber

Sekianlah artikel Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isa Samad sudah jumpa PM, Sulaiman Mahbob akan dilantik Pengerusi FGV baharu - Sumber dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/isa-samad-sudah-jumpa-pm-sulaiman.html

Subscribe to receive free email updates: