Judul : IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April
link : IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April
IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April
KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada April 2017 naik 4.2 peratus kepada 126.4 berbanding 121.4 dicatatkan dalam bulan sama tahun lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Jabatan Perangkaan berkata peningkatan itu didorong oleh pertumbuhan sebanyak 6.7 peratus dicatatkan dalam sektor pembuatan, selepas mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus pada Mac 2017.
Sub-sektor utama lain yang meningkat pada April 2017 adalah produk elektrik dan elektronik (9.7 peratus), makanan, minuman dan tembakau (15.4 peratus) dan produk petroleum, kimia, getah dan plastik (3.0 peratus).
Jabatan itu berkata pengeluaran sektor perlombongan susut dua peratus pada April 2017 berikutan penurunan 6.6 peratus dalam indeks minyak mentah manakala indeks Gas Asli meningkat 4.0 peratus.
"Pengeluaran sektor elektrik merosot sebanyak 1.5 peratus pada April 2017 selepas penurunan 0.2 peratus pada Mac 2017," katanya. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rcAbyf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April
Sekianlah artikel IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel IPP Malaysia Naik 4.2 Peratus Pada April dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ipp-malaysia-naik-42-peratus-pada-april.html