Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib

Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib
link : Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib

Baca juga


Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib

KULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Insentif Raya sebanyak RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata dividen Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran insentif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM47.28 juta manakala peruntukan dividen berjumlah RM26.4 juta akan diserahkan kepada 94,555 peneroka.

"Bayaran insentif Hari Raya ini, saya mahu jelaskan, kita akan bayar kepada semua yang berurusan dengan Felda sahaja...yang tidak berurusan, hendak saman Felda, minta maaflah...tidak termasuk," kata beliau ketika berucap pada majlis Sambutan Ihya'' Rahmat Ramadan Felda peringkat kebangsaan di Felda Sungai Sayong di sini, hari ini.

Perdana menteri turut mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM400 kepada pengerusi masjid, RM500 (imam), RM300 (bilal) dan RM200 (siak) yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM674,400 manakala bagi surau utama pula, imam akan menerima sagu hati sebanyak RM500 dan bilal sebanyak RM300.

Najib berkata kerajaan juga akan memberikan insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda bulan ini, sebagai menghargai jasa mereka berkhidmat dengan agensi persekutuan itu.

Selain itu, insentif tambahan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok turut diberikan kepada petugas di barisan hadapan iaitu kakitangan rancangan.

"Jadi, bermakna dia dapat dua (bonus dan insentif)," kata beliau.

Perdana menteri juga mengumumkan empat rancangan Felda dalam Parlimen Tenggara iaitu Felda Bukit Ramon akan menerima peruntukan RM1.35 juta, Pasir Raja (RM700,00), Sungai Sayong (RM2.2 juta), Bukit Besar (RM2.2 juta) untuk pembinaan jalan sepanjang 13.7 kilometer.

Dalam pada itu, Najib menyatakan persetujuannya supaya jalan-jalan raya perkampungan Felda di Johor diselenggarakan mengikut Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Persetujuan itu dibuat atas permohonan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi membantu penyelenggaraan jalan-jalan raya bagi kawasan berkenaan berikutan penyerahan hak milik tanah-tanah berkenaan kepada peneroka-peneroka Felda.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata pada masa ini, tidak ada perbezaan di antara perkampungan Felda yang telah mendapat hak milik dan perkampungan-perkampungan lain di Johor.

"Maka, adalah wajar jalan-jalan di kampung-kampung Felda yang berhak milik ini diiktiraf statusnya sama seperti kampung-kampung lain yang diselenggara di bawah MARRIS," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Sadique dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMgQHU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib

Sekianlah artikel Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Insentif raya RM500, dividen RM280 untuk peneroka Felda - PM Najib dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/insentif-raya-rm500-dividen-rm280-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :