Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU

Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU
link : Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU

Baca juga


Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU

Geram betul kalau dengar ada orang yang nak ambil kesempatan atas orang lain, tambah-tambah kalau yang jadi mangsa itu orang kurang upaya (OKU).


Zaman sekarang ini pantang ada peluang ada saja orang yang nak ambil kesempatan pada orang lain, tidak tahu kesusahan orang lain asalkan dia senang dah.

Geram betul kalau dengar ada orang yang nak ambil kesempatan atas orang lain, tambah-tambah kalau yang jadi mangsa itu orang kurang upaya (OKU).

Kejadian ini baru sahaja berlaku pada saya dan suami, dah jadi ala-ala ejen 007 siap ada agenda kejar mengejar lagi.

Begini kisah dia, selepas kami buka kedai pagi ini kami tinggalkan kedai sebentar bagi pekerja jaga sebab kami nak ke kedai printing.

Lepas itu suami singgah di BSN, Bertam Indah, Kepala Batas untuk mengeluarkan duit dekat mesin ATM, tiba-tiba datang seorang perempuan berbaju kurung biru dan tudung warna senada.

Wanita tersebut mengetuk cermin kereta, saya pun bukalah tingkap tengok seorang wanita dalam lingkungan 50an berbadan sedikit gempal dengan gigi depan rongak sikit.

"Kak, boleh tolong tolong saya tak ni taktau taktau nak pi mana dia kata dia dok di mana bomba ka apa taktau taktau,"akak itu cakap macam itu.

"Apa kak? Saya tak paham,"balas saya.

Gila memang saya tak faham langsung dia cakap apa, cara dia cakap memang pelat dan berterabur macam kalut semacam tapi dari cara dia bertutut saya agak dia ini mungkin ada ciri-ciri khas sama seperti anak-anak murid saya.

Oleh sebab saya tak faham apa yang dia cakap jadi dia suruh saya dengar voice mesej di wechat, dari suara seperti lelaki muda tapi suara dia tak jelas. Tidak lama lepas itu ada seorang lelaki telefon dengan nama 'Nayan' tertera di skrin dan wanita itu suruh saya jawab.

Nayan itu cakap dia tunggu di balai bomba kepala batas, baru saya faham lepas itu saya suruh akak itu masuk kereta dan kami pun hantar dia sampai ke balai bomba.

Sampai di balai bomba kelibat lelaki itu tiada jadi saya tanyalah lelaki itu siapa, dia cakap abang dia (suami dia agaknya).

Lama tunggu tapi lelaki itu pun tak muncul-muncul juga, akak itu pun dah gelisah cuba voice mesej banyak kali tak berjawab call pun tak berangkat lepas itu dia bagi hp dia minta saya call.

Rupanya akak itu tak ada lansung nombor Nayan itu, selama ini cuma call dan mesej melalui wechat sahaja penghubung dia orang. Saya call melalui wechat, tak lama lepas itu berangkat dan lelaki itu cakap dia tunggu di bus terminal, kompleks kailan.

Kami pun terus menuju ke Kailan dan berhenti pun betul-betul dihadapan terminal bas seperti yang lelaki itu minta.

Saya pun ikut akak itu keluar dari kereta sekali dan dia menyuruh saya menelefon Nayan semula, Nayan menjawab telefon tetapi dia menyuruh saya mengembalikan telefon kepada akak berbaju biru tersebut balik.

"Abang dekat mana? Mari ambil Ilah, Ilah pakai baju biru," kata wanita itu yang kemudiannya menyerahkan telefon kepada saya semula.

"Encik ada dimana? Kami dah didepan terminal bas. Akak ini suruh encik mari ambil dia disini," kata saya kepada lelaki bernama Nayan tersebut.

"Tak apa, saya dah nampak dia," kata Nayan.

"Kalau dah nampak itu encik datanglah ke sini," balas saya.

"Tak apalah, hampa baliklah dulu kejap lagi saya datanglah," kata Nayan seakan memaksa kami beredar dari situ.

Saya dah mula curiga dan rasa tak sedap hati tetapi saya tetap juga beredar menaiki kereta tetapi saya cakap dengan suami yang saya tak sedap hati macam ada benda yang tidak kena jadi saya minta suami agar pusing balik nak siasat apa yang tidak kena sebenarnya.

Saya pun pelik juga sebab suara lelaki itu menggambarkan dia seorang yang muda manakala akak itu dah tua dan akak itu seperti seorang yang OKU dan mengapa lelaki itu tak nak jumpa dengan akak itu bila kami ada bersama dengan akak itu.

Macam-macam yang terlintas di fikiran kami menyebabkan kami berpusing semula ke terminal bas terbabit, suami memberhentikan kereta tidak jauh dari tempat akak itu berdiri dalam 20 meter saja jauh dia.

Kami perhatikan dari jauh memang ada seorang lelaki di atas motor yang sedang meninjau gerak-geri akak itu dan dia berada betul-betul di hadapan kami.

Tingkah laku lelaki tersebut memang mencurigakan, lelaki tersebut memecut motor menghala ke arah akak itu tetapi bila ternampak kami muka dia terus berubah dan berlalu macam itu saja pergi.

Saya masih tidak berpuas hati lagi sebab tidak tahu lagi niat lelaki itu jadi saya minta suami menunggu di area Seri Malaysia manakala akak itu masih lag berlegar-legar mencari lelaki yang di panggil Nayan itu, tiba-tiba akak itu melintas jalan dan saya nak keluar menyiasat nak ikut akak itu tapi ditegah oleh suami jadi suami yang pergi ikut akak itu.

Tetapi tak sampai 3 minit suami kembali dan cakap akak itu pergi ke bahagian belakang bangunan dan lelaki itu pun pergi ke arah yang sama, suami terus bawa kereta pecut ke arah belakang dan motor lelaki itu betul-betul di hadapan kami.

Mungkin lelaki tersebut perasan akan kehadiran kami jadi dia terus pecut motor dia memusing kompleks kailan, rasa-rasanya ada 5 kali jugalah dia pusing baru dia beredar pergi dari kawasan kompleks ini.

Saya minta suami pergi kepada akak baju biru itu balik, saya pura-pura tanya dia "abang akak itu dah datang ke?."

"Tak ada pun, akak dah tunggu lama dah tapi dia tak datang lagi," jawab akak itu dengan penuh jujur seperti orang tak tahu apa-apa.

"Akak dah pernah jumpa lelaki itu ke? Akak tahu tak muka lelaki itu macam mana? Dia siapa sebenarnya?," saya mengajukan soalan bertubi-tubi kepada akak itu.

"Akak dah pernah jumpa dah bulan lepas tapi sekali saja, dia itu abang sayang akak lah," jawab akak itu, sempoi saja.

Sudah, dengar jawapan akak itu lagi buat saya buntu, akhirnya saya ajak akak itu balik saja, bila saya tanya akak itu duduk mana saya nak hantarkan sebab lagi pun cuaca panas masa itu dengan puasa lagi.

Akak itu akur saja dan mengikut saja kami, kami hantarkan akak itu di Kampung R, sepanjang perjalan macam-macam soalan saya cuba tanya  pada akak itu.

Akak itu mengeluh cakap,"Apalah abang ini dah janji nak jumpa adik tadi, dia cakap dia pakai kereta merah dan saya pun dah cakap saya pakai baju biru,".

Saya tanya dia lagi,"Dia cakap dia tunggu dekat mana?"

Akak itu terus bagi saya telefon dia, dia suruh saya tengok sendiri Nayan itu pergi mana.

Belum sempat lagi saya buka wechat akak itu telefon dia dah terpadam sebab bateri habis, tiba-tiba akak itu hulur dekat saya charge sekali dengan plug tapi saya cabut plug dia dan sambung charge tersebut dekat tempat charge kereta.

Bila saya buka saja wechat akak itu saya dengarlah voice mesej yang di hantar oleh lelaki itu.

"Abang dah lama sampai sayang, tapi kenapa kawan sayang asyik pusing-pusing dekat sini. Dia cari apa?"

"Abang dah sampai ini"

"Abang ada depan ini"

"Kenapa kawan sayang asyik pusing-pusing? Dia cari apa??" kali ini voice mesej ini dah mula bernada tinggi seperti marah.

Saya cuba soal selidik akak itu lagi, saya tanya akak ini sebenarnya dari mana?

Akak itu kata dia dari bank sebab baru ambil duit zakatRM500 dan dia dah janji nak jumpa Nayan sebab Nayan dah janji nak bawa dia jalan-jalan dekat tanjung. Akak itu bagi tahu lagi hari ini dia memang ada banyak duit jadi dia tak kisah kalau kena bayar duit teksi sekalipun.

Apa yang lebih mengejutkan saya bila dia cakap hari itu masa jumpa Nayan ada ambil duit dia dan kalau dia tak bagi Nayan akan pukul dia serta ugut dia taknak hantar dia balik.

Baru saya imbas balik kejadian yang berlaku sebentar tadi, timbul pula rasa geram mendengar cerita akak itu tapi saya tengok akak itu cerita macam orang tak ada perasaan. Mungkin dia tidak sedar atau tidak tahu sama sekali niat jahat nayan tersebut dan menyangka nayan itu betul-betul sayangkannya.

Saya cuba bagi nasihat dekat akak itu,"Kak, duit itu nanti akak balik akak simpan elok-elok dan jangan bagi dekat siapa pun sebab itu duit akak,hak akak".

Akak itu hanya tersengih sambil mengangguk seperti faham apa yang saya cakap, saya harap dia faham apa yang saya katakan kepada dia.

Lepas hantar akak itu balik saya dan suami pun berpatah balik ke kompleks Kailan tersebut dengan harapan dapatlah kiranya berjumpa dengan lelaki yang bernama nayan ini.

Sungguh Allah itu maha kaya, selepas dua kali membuat pusingan kami ternampak kelibat Nayan di bus stop depan KFC dan suami apa lagi terus berhentikan kereta terus tangkap gambar dia berkeping-keping.

Bila dia perasan saja kami tengah ambil gambar dia terus dia ambil motor pecut, suami pun ikut lah dia dari belakang dan terjadilah aksi kejar mengejar ini namun sayang kami kehilangan jejak dia bila dia memasuki kawasan perumahan.

Hati ini memang geram sangat dengan lelaki bernama Nayan ini, saya tak suka orang macam ini ambil kesempatan dengan orang macam akak itu, menganiayai orang macam itu di bulan Ramadahan ini betul-betul hina orang macam itu.

Nasib baik sempat ambil gambar dia, biar viral muka dia satu Malaysia ini biar dia tahu jangan sesuka hati nak menganiayai orang-orang OKU macam akak itu dan minta-minta tak ada lagi yang kena tipu dengan orang macam dia ini.

Siti Haszirah Hasan
Benci kepada orang yang suka ambil kesempatan, bawah ini gambar Lelaki bernama Nayan itu.




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHqviU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU

Sekianlah artikel Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Dia Muka Orang Yang Menipu Duit Wanita OKU dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ini-dia-muka-orang-yang-menipu-duit.html

Subscribe to receive free email updates: