Judul : Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada
link : Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada
Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada
MONTREAL: Lewis Hamilton cemerlang merakamkan beberapa pusingan rekod terpantas untuk meraih petak utama perlumbaan Grand Prix (GP) Kanada, di sini, sebentar tadi dan kemudian dihadiahkan topi keledar Ayrton Senna.
Keluarga mendiang pemandu Brazil itu mengatur acara khas buat Hamilton kerana menyamai rekod 65 petak utama sepanjang karier dicatatkan oleh Senna.
Juara dunia tiga kali dari Britain itu memandu jentera Mercedes untuk mencatat pusingan terpantas satu minit dan 11.459 saat bagi mengatasi pesaing terdekat dan pendahulu kejuaraan dunia dari Jerman, Sebastian Vettel dari Ferrari dengan kelebihan 0.330 saat.
Kedua-dua pemandu mencatat pusingan bawah satu minit 12 saat buat pertama kali di Litar Gilles Villeneuve - litar karier Hamilton bermula 10 tahun lalu yang menjelmakan kemenangan pertamanya.
Ia adalah petak utama ketiga Hamilton tahun ini, keenam di Kanada bagi menyamai rekod pemandu Jerman, Michael Schumacher dan ke-65 sepanjang kariernya.
"Saya amat gembira," kata Hamilton.
"Montreal cukup baik buat saya sejak beberapa tahun lalu dan saingan dengan Ferrari cukup sengit.
"Mereka amat pantas. Pusingan saya? Ia adalah pusingan yang seksi...pusingan yang hebat!" - AFP
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rdYDEi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada
Sekianlah artikel Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hamilton Sambar Petak Pertama GP Kanada dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/hamilton-sambar-petak-pertama-gp-kanada.html