Geng Panjat Gunung

Geng Panjat Gunung - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Geng Panjat Gunung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Geng Panjat Gunung
link : Geng Panjat Gunung

Baca juga


Geng Panjat Gunung


Aktiviti mendaki antara trend terkini yang menjadi pilihan remaja sama seperti sukan ekstrem lain seperti rollerblade, berbasikal dan skateboard. Atas objektif sama, mendaki gunung turut memberi kebaikan dari segi kesihatan mental dan fizikal. 

Meskipun halangannya berbeza, kepuasannya tetap sama. Kental Buddies adalah kelab mendaki gunung ditubuhkan pada 2015 bertujuan mengumpulkan anak muda yang menggemari sukan ekstrem ini. Pengasasnya Wan Mohd Farhan Wan Mohd Zaki, 30, menggemari hobi mendaki gunung sejak kecil.

“Hobi ini bermula sejak di bangku sekolah. Ketika itu ayah bekerja sebagai guru sekolah dan aktif dalam program ‘outdoor’ seperti perkelahan dan aktiviti lasak. Mahu tak mahu saya diajak untuk turut menyertai aktiviti itu. “Pada mulanya tak suka tetapi semenjak habis menuntut di universiti, saya tak berhenti mencari bukit atau gunung yang menarik untuk diteroka setiap minggu.

“Kepuasan bagi seseorang itu berbeza dari segi pengalaman. Macam saya, kepuasan mula dirasai apabila berada di puncak sambil melihat panorama indah dari ketinggian itu,” katanya.

Ahli kelab Kental Buddies yang dulunya terdiri daripada rakan sekerja, kini turut disertai penuntut universiti yang mencecah 200 orang. “Kebetulan rakan sekerja saya adalah ‘kaki hiking’ jadi kami memang ‘sekepala’. Pada tahun pertama itu, kami melakukan pengembaraan ke Bukit Broga dan Bukit Tabur. Tak kisah pun berhabis duit asalkan dapat lihat keindahan alam semula jadi.

“Tahun kedua pula, kami ambil risiko untuk mengajak orang luar menyertai ekspedisi memanjat gunung beramai-ramai. Lagipun, kelab ini sudah pun berdaftar dan diiklankan di media sosial seperti Instagram (@kentalbuddies),” katanya.

Farhan berkata, pendakian sama seperti aktiviti ekstrem yang lain yang mana mereka mempunyai misi tersendiri. “Kepuasan yang dicari itu bermacam-macam. Ada yang mahu tawan puncak gunung, ada yang ingin uji stamina dan melihat panorama sepanjang pendakian. Yang penting, setiap orang menikmati keseronokan bersama.

“Kebanyakan ahli kelab terdiri daripada penuntut dari UIA, UiTM dan MSU. Mereka tetap laburkan duit untuk ‘beli pengalaman’ kerana saya tahu hobi panjat gunung itu jatuh dalam kategori hobi termahal. Peralatan daripada kasut, pakaian, beg dan sebagainya perlu teliti untuk keselesaan sendiri,” katanya.

Bagi memastikan setiap ahli mendapat perlindungan dan pengetahuan sepenuhnya, setiap trip dibahagikan kepada kru yang mahir menyediakan bantuan kecemasan, memahami selok-belok gunung, perlindungan daripada haiwan buas dan sebagainya. “Untuk mendaki gunung, ia bukanlah semudah disangkakan.

Selain perlu persiapan fizikal dan mental, kami juga memberi penekanan pada aspek keselamatan, cuaca, makanan, kelengkapan khemah dan sebagainya.

“Oleh itu, semakin ramai yang menyertai maka semakin banyak risiko perlu diambil kira kerana lain ahli lain ragamnya. Tambahan, lain lokasi lain pula laluannya. Tetapi apa pun, kami ada garis panduan untuk setiap ahli. Andai kata ada masalah seperti air pasang, jalan licin dan sebagainya, semua orang bersiap sedia menghadapi rintangannya,” katanya.

Menurut Farhan, selain aktif dalam pendakian gunung, kelab ini turut mendekati golongan yang memerlukan bantuan dengan mengadakan kerja amal serta khidmat masyarakat. “Oleh kerana bilangan ahli yang ramai, kami agihkan kru ke pusat jagaan rumah orang tua dan rumah anak yatim sempena Ramadan ini.

“Kami bergotong-royong membersihkan kawasan dan berbuka puasa bersama-sama mereka. Insya-Allah untuk tahun depan usaha ini akan dipertingkatkan lagi,” katanya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sovCoB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Geng Panjat Gunung

Sekianlah artikel Geng Panjat Gunung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Geng Panjat Gunung dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/geng-panjat-gunung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :