‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’

‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’ - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’
link : ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’

Baca juga


‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’

KUALA LUMPUR – Sering kita dengar ramai yang tertipu dengan pelbagai tawaran yang bersandarkan perkataan-perkataan ‘percuma’, ‘murah’, ‘bantuan’ atau ‘hadiah’.

Hakikatnya pihak-pihak yang kononnya penganjur pelbagai tawaran berkenaan adalah ‘pemangsa’ yang cuba memasang jerat untuk menjual atau melariskan sesuatu, pendek kata mereka ‘menjual angin’.

“Puan dijemput hadiri kursus percuma. Modal akan diberikan. Perniagaan nanti pasti menguntungkan,” kedengaran suara pemanggil wanita di hujung talian namun pantas saya patahkan kata-katanya dengan memberitahu bahawa saya tidak berminat sebelum sempat dia bercerita panjang lebar.

Dua minggu kemudian, satu lagi panggilan, “Assalamualaikum, Puan adalah … Puan pemilik syarikat … Di mana puan sekarang?” terdengar suara lelaki menyebut nama saya dan beberapa maklumat lain yang berkaitan.

Panggilan demi panggilan. Bermakna gangguan demi gangguan. Sudah sekali diberitahu tidak berminat, masih dihubungi berkali-kali.

Kebanyakan panggilan itu adalah ‘jemputan’ pelbagai kursus, seminar, persidangan dan seumpamanya yang kononnya ditawarkan percuma.

Apabila di tanya, jawapannya berbalik kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Rupa-rupanya ramai juga rakan-rakan yang pernah berdaftar dengan SSM sering dihubungi sedemikian.

Hati terdetik, macam mana banyak pihak boleh mendapat maklumat mengenai seseorang itu melalui SSM. Oh, mungkin SSM mahu membantu peniaga-peniaga kecil, saya memujuk hati supaya bersangka baik.

Terkini, panggilan yang kononnya dari Kementerian Pertanian Malaysia (MOA) meminta saya hadir ke satu perjumpaan di Pulau Pinang kerana telah tercalon sebagai penerima bantuan MOA.

Apabila ditanya lanjut mengenai bantuan itu, si pemanggil berkata MOA akan memberi sebidang tanah untuk diusahakan di Kelantan.

Kehairanan, syarikat yang berdaftar itu melibatkan perniagaan dalam bidang penulisan dan seumpamanya. Jadi apa kaitan dengan bantuan tanah dan MOA? Lebih menghairankan, syarikat itu telah lebih lima tahun tidak aktif.

Menurutnya si pemanggil lagi, MOA akan memberikan benih kurma serta pelbagai keperluan untuk membuka ladang kurma. Segalanya percuma. Sesuatu yang dirasakan tidak masuk akal! Dalam banyak-banyak tanaman, kenapa kurma?

Sebenarnya panggilan dengan jemputan serupa pernah saya terima kira-kira sebulan sebelum itu. Ditanya berkali-kali jika pemanggil adalah kakitangan MOA atau wakil, jawapannya tetap sama, “Saya dari Kementerian Pertanian di Putra Jaya.”

Mengesyaki sesuatu yang tidak betul, saya menghubungi seorang kenalan yang bertugas sebagai pegawai MOA.

“Eh, tipu tu. Kementerian tidak pernah menganjurkan program seperti itu. Malah tanaman kurma memang dilarang sebab ia antara punca terdapat banyak kumbang merah di negara ini,” jelasnya.

Menurut beliau, telah banyak kes penipuan seumpamanya dilaporkan sehinggakan ada yang mengeluarkan sijil menggunakan logo kementerian berkenaan. Justeru, kementerian melakukan penyiasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Untuk pengetahuan umum, memang benar, pokok kurma tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini sejak 2015 kerana dikenal pasti sebagai perumah utama kumbang merah palma, perosak tanaman yang menyerang pokok-pokok kelapa dan kelapa sawit sehingga boleh melumpuhkan industri berkenaan. Kumbang itu didapati masuk melalui pokok kurma yang dibawa ke negara ini secara tidak sah.

Memang, tulisan ini bukan mengenai pokok kurma. Namun pokok pangkalnya adalah mengenai penipuan atau scam yang dilakukan atas alasan ‘percuma’.

Banyak lagi penipuan cara lain yang aktif mencari mangsa antaranya melalui seminar, kursus, majlis yang kononnya untuk mengagihkan bantuan, tawaran pakej percutian, pakej haji, urusan perbankan, malah ada juga tawaran hartanah, judi dan banyak lagi.

Bermacam-macam penipuan yang pelbagai cara dilakukan dalam mencari peluang-peluang menjana pendapatan atau cara nak cepat kaya. Apatah lagi, kini terdapat banyak perniagaan dalam talian yang sememang mendapat sambutan.

Jadi, para ‘peniaga’ memberikan banyak tawaran ‘hebat’ turut menggunakan media baharu untuk mencari mangsanya. Akibat daripada ‘peniaga’ yang menjalankan aktiviti penipuan itu, maka golongan peniaga yang benar-benar mencari rezeki secara dalam talian turut terjejas.

Berdasarkan modus operandi, nyata ‘peniaga-peniaga hebat’ itu sering bertukar identiti, nombor telefon serta pelbagai akaun media sosial yang digunakannya. Tidak kurang juga yang tiba-tiba menjadi ‘pengusaha’, lengkap dengan pejabat dan pekerja-pekerja yang di arahkan menjual produk menggunakan pelbagai bentuk media sosial.

Apabila penipuan mereka dihidu, maka ‘pengusaha’ itu akan menghilangkan diri meninggalkan pekerja yang tidak tahu-menahu bahawa perniagaan itu sebenarnya ‘menjual angin’.

Dalam pada itu, tidak mustahil, ‘pengusaha’ sama sudah pun kaya raya dan bersenang-lenang menikmati hasil ‘perniagaan’ itu dan kemudiannya berpindah ke lokasi lain untuk mencari mangsanya.

Justeru, pengguna perlu berwaspada supaya tidak tertipu apabila menjalankan urusan membabitkan pembelian barangan dan transaksi dalam talian melalui laman sesawang atau laman sosial.

Berikutan banyak berlaku penipuan perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seringkali mengeluarkan pesanan agar para pengguna sentiasa memastikan urusan dijalankan sahih dan betul, peniaga dalam talian atau pemilik laman sesawang perniagaan itu betul serta berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Perlu juga disebut di sini, kebelakangan ini trend penipuan turut melibatkan pembeli yang menipu penjual barangan dalam talian menggunakan bermacam-macam kaedah dan modus operandi.

Kemanakah perginya nilai-nilai kemanusiaan sehinggakan penipuan kini bagaikan sebahagian daripada kehidupan?

(Komentar ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak membayangkan pendirian BERNAMA dalam apa yang diperkatakan oleh penulis)

– BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdgCb6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’

Sekianlah artikel ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Fikirlah: Percuma’ Pelaris ‘Jualan’ dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/fikirlah-percuma-pelaris-jualan.html

Subscribe to receive free email updates: