Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000

Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000
link : Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000

Baca juga


Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000

SHAH ALAM – Empat ‘ulat’ tiket masing-masing didenda RM5,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda itu oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menawarkan perkhidmatan jualan tiket bas ekspres atau bas tambahan secara haram di Terminal Bas Sementara, Seksyen 13 di sini semalam.

Warga Kemboja, Yeb Mael, 25, warga Vietnam Zabidah Yaakub, 33, warga Indonesia Widayati, 36, dan warga tempatan Siti Rohza’ Aiena Kamarozaman masing-masing dikenakan denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Yeb, Zabidah dan Widayati didakwa tanpa kuasa yang sah telah memujuk bagi maksud menawarkan perkhidmatan yang berkaitan dengan menerima upah di suatu tempat awam, kira-kira 1 tengah hari semalam di terminal bas berkenaan.

Siti Rohza’ Aiena pula didakwa bersubahat dengan Widayati untuk melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan hari yang sama.

Keempat-empat mereka didakwa mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, kesemua tertuduh ditahan pasukan penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang melaksanakan operasi khas parasit di sekitar terminal bas itu semalam, dengan menyamar sebagai pelanggan.

Prosiding ke atas keempat-empat tertuduh dijalankan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin dan Majistret P. Sarulatha.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPAD, Shazryll Aizad Ahmad Khairy dan Siti Safura Ab. Rahman sementara kesemua tertuduh diwakili peguam Muhsin Izhar Hashim. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sixBvl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000

Sekianlah artikel Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat ‘Ulat’ Tiket Didenda RM5,000 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/empat-ulat-tiket-didenda-rm5000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :