Judul : Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen
link : Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen
Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.
Mengikut kertas pertuduhan, J. Ragesuthen dan S. Gokulan, kedua-duanya berusia 18 tahun, serta dua remaja berusia 16 dan 17 tahun didakwa menyebabkan kematian ke atas Nhaveen, di Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, antara jam 11 malam hingga 12 malam, pada 9 Jun lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Mohamad Amin kemudian mengarahkan semua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin, selain menetapkan 28 September hadapan bagi sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen George Town, kesemua tertuduh turut berdepan satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata ke atas seorang lagi mangsa iaitu T. Previin, 19.
Bagaimanapun, kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suaibon.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu menggunakan topi keledar pada tarikh, masa dan lokasi yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Irwan kemudian mengarahkan semua tertuduh tidak dibenar diikat jamin, dan menetapkan 21 Ogos hadapan bagi sebutan semula itu.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Saw Sim dan Nurul Fatin Hussin, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, seorang lagi suspek dikenakan perintah bon 118 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sGdvLj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen
Anda sekarang membaca artikel Empat remaja termasuk pelajar tingkatan 4 dan 5 didakwa bunuh Nhaveen dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/empat-remaja-termasuk-pelajar-tingkatan.html