Judul : Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan
link : Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan
Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan
GEORGETOWN – Polis menahan empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja yang dipercayai dibuli dan dipukul sehingga cedera parah oleh sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit di sini, awal pagi Sabtu.
BACA: Remaja Tanggung Azab Diculik, Dipukul Dan Diliwat
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Anuar Omar berkata empat lelaki berusia 17 hingga 18 tahun termasuk dua pelajar tingkatan lima itu ditahan secara berasingan di sekitar negeri ini semalam.
Beliau berkata sebelum ini seorang lelaki ditahan pada Sabtu dan semasa siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu.
“Saya percaya polis dapat menyelesaikan kes itu secepat mungkin dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.10 pagi itu, dua mangsa berusia 18 dan 19 tahun sedang membeli burger sebelum terserempak dua lelaki dikenali mereka dan berlaku ejek mengejek yang berlarutan sehingga suspek menelefon enam lagi rakan.
Dua mangsa itu dipercayai dipukul menggunakan topi keledar serta ditumbuk dan ditendang oleh kumpulan berkenaan sebelum remaja berusia 19 tahun berjaya menyelamatkan diri dan memaklumkan kejadian tersebut kepada bapa saudaranya.
Anuar berkata mangsa berusia 18 tahun yang mengalami cedera parah masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan masih belum sedarkan diri serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Katanya berdasarkan pemeriksaan doktor pakar, terdapat kesan kecederaan pada dubur mangsa seperti dimasukkan objek tumpul dan sedikit kesan terbakar di belakang badan remaja lelaki itu.
Beliau berkata berdasarkan siasatan juga mendapati dua mangsa itu selalu menjadi mangsa buli semasa di sekolah oleh suspek-suspek yang juga rakan sekolah mereka.
“Empat remaja yang ditahan itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Sementara itu bapa saudara mangsa R.Thiyagarajan, 50, memberitahu pemberita di sini hari ini mereka sekeluarga menggesa agar pihak berkuasa menyelesaikan segera kes itu agar pembuli mendapat hukuman setimpal kerana anak saudaranya yang parah masih belum sedarkan diri dan masih dirawat di Unit Rawatan Rapi HPP. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhav8F
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan
Anda sekarang membaca artikel Empat Lagi Suspek Kes Buli Remaja Ditahan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/empat-lagi-suspek-kes-buli-remaja.html