Dropshipper

Dropshipper - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dropshipper, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dropshipper
link : Dropshipper

Baca juga


Dropshipper

Dropshipper

Assalamualaikum. Salam Ramadhan buat pembaca iiumc. Topik kali ni berdasarkan pengalaman saya yang menjadi dropship selama hampir 4 tahun (tak lama pun. hehe). So, siapa kat sini dropship jugak, angkat tangan? k k. Ramai.

Mula mula jadi dropship, aku start dengan jual baju baju perempuan, beg tangan dan sebagainya. Lepas tu makin lama makin banyak produk yang aku nak jual sebab seronok padahal takde orang beli pun. Aku pernah jadi dropship tudung, tapi tak lama lepas tu, owner tutup kedai. Lepas tu aku jadi dropship kedua untuk baju. Diuruskan oleh pelajar univeristi kalau tak silap aku (dia pun part timer je rasanya) tapi dia tak pandai urus maka aku pun undur diri. Mana taknya, bila aku tanya pasal stock, dia cakap nanti update kat group, tapi sampai ke sudah takde info. Pastu aku order satu baju ni, dah bank in, time order tu aku tanya la warna tiffany blue tu turquoise biru ke atau biru muda, dia tak reply sampai ke sudah tup tup barang sampai. Nasib baju aku, kalau baju customer? Dengan nombor tracking tak bagi. Apa benda lah. Sampai kat aku baju tu turquoise hijau macam warna Petronas. Lel.

Pastu aku jadi dropship satu produk kecantikan. Agak teruja sampai aku aktifkan balik WeChat akaun sebab nak jual produk tu. Sepanjang aku dalam group tu, takde apa apa yang admin ajar pun, cuma dia bagitau pasal produk dengan harga. Aku friend di FB, follow IG admin. Ada sekali tu dia up status kat FB, dia puji salah sorang dari dropshipper dia. Katanya dalam 50 orang, belum tentu semua yang betul betul nak uasaha sampai boleh jadi agen. (Agen ni atas sikit dari dropship). Lebih kurang macam gitu ayatnya. Aku agak terasa sebab langsung tak jual apa apa lagi waktu tu. Tak lama lepas tu dia post lagi benda yang sama. Orang sekarang cakap apa? Triggered? Of course aku triggered sebab dia seolah olah menidakkan usaha dropship yang lain, dahtu pulak dalam group takde pun sampai 50 orang tapi ajet ajet je. So aku pun update status di FB, aku cakap la yang aku perhatikan dia ni tah apa masalah menidakkan usaha orang apa semua. Tak sangka dia terasa, dan screenshot post aku. Aku sempat left group, tapi tak sempat block, so dia sempat personal message aku cakap tahniah sebab tunjuk perangai sebenar apa semua. Yang syoknya, post aku yang dia screenshot tu, dia post kat FB dia cakap aku dengki. Pastu ramai la pengikut dia yang boikot aku siap nak share gambar aku bagai. So aku dengan tenang je komen kat gambar tu, aku cakap yang aku tak bukak aib dia, langsung tak sebut nama dia tapi dalam gambar yang dia post tu terang terang nama aku gambar aku. Entah apa dah jadi dengan produk dia sekarang. Aku harap Allah balas je la apa yang patut.

Terbaru aku jadi agen untuk satu produk islamik, kena bayar tapi ada dia punya kelebihan. Agen masing masing teruja nak duit poket untuk raya. Barang memang laku keras. Tapi sayang, barang pre-order (3minggu baru dapat barang) orang dah tunggu, lepas tu tunda lagi, memang satu group mengamuk, kelebihan yang dicanang pada awalnya pun takde. Syarikat keluarkan produk baru pun agen tak tau, kena tanya admin. Ni dah mula mengarut dah. Agen mintak refund balik duit yuran sebab satu benda pun kami tak nampak. Lepas tu harini barang customer aku dah sampai, dia merungut la jugak. Katanya barang tak cantik, indah khabar dari rupa. So memang syarikat ni apa masalah taktau lah. Nak meniaga, nak kita tolong tapi sendiri punya kualiti kerja taknak jaga. Memang mula mula join pun rasa tak sedap hati sebab kat page banyak customer bising barang tak dapat berbulan bulan. Lepas tu tengok baru ni dorang tengah cari dropship lagi. Kemain eh? Tak serik.

Jadi untuk korang yang baru nak berjinak jinak dengan dropship, berhati hati lah. Memang kita tak rugi apa apa tapi ia melibatkan hubungan kita sesama manusia, yang mana kalau orang tu tak maafkan kita, tak halalkan duit dia bank in, maka merangkak lah di akhirat sana. Jangan buat main. Nak meniaga, meniaga elok elok dengan ikhlas, bagi kat orang apa yang kita suka. Bukan fikir untung saja. Dan jangan ingat kita bos, kita ramai pengikut, senang senang nak kumpul umat (ke kumpul dosa) nak malukan orang di hujung jari. Pilihan di tangan anda. Fikir baik-baik. Too bad that founder of beauty product tak rasa bersalah dan mintak ampun maaf kat saya, saya kalau boleh taknak hadap muka dia, tapi nak buat macam mana, jumpa jugak kat akhirat nanti, haih laa.. haha

Akhir kata, assalamualaikum. Salam Ramadhan.

Amy

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sjpZZ2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dropshipper

Sekianlah artikel Dropshipper kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dropshipper dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dropshipper.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :