Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut

Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut
link : Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut

Baca juga


Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut

KUCHING – Bekas ahli dewan undangan negeri DAP kawasan Pujut, Dr Ting Tiong Choon hari ini memfailkan saman pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini bagi perisytiharan sebagai batal dan tidak sah, usul Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 12 Mei yang membatalkan kelayakannya sebagai Adun.

Dr Ting menamakan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai defendan pertama, Menteri Kewangan Kedua Sarawak Datuk Seri Dr Wong Soon Koh sebagai defendan kedua, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kerajaan Sarawak, dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai defendan ketiga, keempat dan kelima.

Pendengaran permohonan Ting ditetapkan 10 Julai, jam 9 pagi.

Ting, diwakili pasukan lapan peguam diketuai peguam kanan Chong Siew Chiang memohon perisytiharan bahawa perlucutan kelayakannya sebagai Adun Pujut yang dipilih sewajarnya oleh defendan pertama, berikutan usul menteri yang dibawa oleh defendan kedua pada 12 Mei dan diluluskan oleh persidangan dewan negeri dan Speaker adalah batal dan tidak sah dan tiada membawa kesan kerana ia melanggar undang-undang.

Pengerusi DAP Sarawak DAP Chong Chieng Jen, ketika ditemui pemberita di perkarangan mahkamah berkata satu perisytiharan bahawa prosiding dan keputusan dewan undangan negeri itu yang membawa kepada hilang kelayakan plaintif tidak kebal dari semakan mahkamah.

Beliau berkata perlucutan kelayakan plaintif adalah bertentangan dengan peraturan keadilan asasi dan juga melanggar perlembagaan Negeri Sarawak, khususnya Artikel 17(1)(g) di dalamnya dan/atau Artikel 118 Perlembagaan Persekutuan dan/atau Artikel 121 Perlembagaan Persekutuan.

“Perlucutan kelayakan Dr Ting hanya boleh dibuat menerusi Petisyen Pilihan Raya dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang telahpun habis dirujuk sebelum keputusan dewan undangan negeri,” kata beliau.

Pada 12 Mei, Dr Ting hilang kelayakan sebagai Adun Pujut selepas usul di sidang dewan negeri dibentangkan bagi melucut kelayakannya kerana dikatakan mendapatkan kewarganegaraan Australia pada 2012. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rA5tCS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut

Sekianlah artikel Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Ting Fail Saman Di Mahkamah Tinggi Cabar ADUN Pujut dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dr-ting-fail-saman-di-mahkamah-tinggi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :