DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB

DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB
link : DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB

Baca juga


DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB

KUALA LUMPUR – Kegagalan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk memanggil mana-mana individu daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberikan sebarang kenyataan berkaitan skandal yang didakwa itu sehingga kini membuktikan ia tidak mempunyai kes terhadap syarikat pembangunan strategik itu, kata Bendahari Agung MIC Datuk Seri S. Vell Paari.

Beliau berkata dakwaan terbaru oleh DOJ merupakan satu lagi konspirasi pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

“Bukan lagi rahsia bahawa pembangkang mengusahakan siasatan oleh DOJ Amerika Syarikat terhadap 1MDB apabila mereka menghantar konco mereka untuk membuat laporan di Amerika Syarikat. Tanpa aduan itu, tidak akan ada penyiasatan ke atas 1MDB oleh DOJ.

“Malah pada ketika itu dan sehingga hari ini tiada sesiapa daripada 1MDB telah dipanggil oleh DOJ untuk memberikan keterangan, bukti atau disoal. Ini jelas menunjukkan DOJ tidak mempunyai kes terhadap 1MDB,” kata Vell Paari dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya beliau senada dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak bahawa pemimpin-pemimpin pembangkang yang meminta bantuan daripada kerajaan asing untuk menjatuhkan pemimpin negara ini yang dipilih secara demokrasi merupakan pengkhianat negara.

Vell Paari turut mempersoalkan kenapa DOJ hanya mengeluarkan versi saman sivil dikemas kini yang mengandungi banyak maklumat kitar semula, selepas hampir setahun saman sivil asal difailkan pada Julai 2016, dan berkata bahawa ia masih belum lagi didengar di mahkamah.

“Benar-benar mengejutkan bahawa Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat terus membuat begitu banyak dakwaan yang tidak dibuktikan dalam saman sivil dikemas kini itu terhadap aset tertentu baru-baru ini.

“DOJ perlu menunjukkan keterangan dokumen untuk membuktikan dakwaan tidak berasas itu, jika tidak saman sivil itu hanya boleh diibaratkan “untuk menarik perhatian ramai” demi tujuan geopolitik,” katanya.

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia untuk tidak terperdaya dan terpengaruh dengan dakwaan tidak dibuktikan itu yang tidak memberi manfaat kepada negara.

“Dalam semangat Negaraku, mari kita fokus untuk bekerja bersama-sama, untuk mencapai matlamat transformasi negara kita dan memastikan negara makmur untukl kebaikan dan faedah rakyat,” katanya.

Beliau berkata kejayaan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional telah terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus pada suku pertama 2017, iatu kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan rakan Malaysia.

Vell Paari berkata di bawah kepimpinan Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda, kejayaan langkah rasionalisasi dan penyelesaian pertikaian 1MDB baru-baru ini dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) Abu Dhabi telah membolehkan 1MDB menyelesaikan majoriti cabarannya sebelum ini.

“Projek-projek penting dimulakan oleh 1MDB demi manfaat negara terus dilaksanakan, seperti pembangunan dan naik taraf lapan pangkalan tentera dan polis serta Tun Razak Exchange (TRX), ” katanya.

Beliau juga berkata pada awal minggu ini, selepas beberapa bulan rundingan diadakan, TRX melaksanakan perjanjian dengan HSBC Bank, bank ketujuh terbesar dunia, yang telah bersetuju untuk membina ibu pejabat serantau di TRX. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rGCw9Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB

Sekianlah artikel DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DoJ Kitar Semula Dakwaan, Tak Punyai Kes Terhadap 1MDB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/doj-kitar-semula-dakwaan-tak-punyai-kes.html

Subscribe to receive free email updates: