Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje

Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje
link : Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje

Baca juga


Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje

SYARIKAT minyak kapal di Sungai Petani kerugian RM4.5 juta akibat ditipu sindiket yang menggodam e-mel pembekal minyak untuk syarikat berkenaan sebelum meminta bayaran dimasukkan ke dalam akaun mereka pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff berkata, pihaknya menerima dua laporan daripada syarikat itu pada Khamis dan semalam berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati syarikat itu menjadi mangsa sindiket penipuan yang dipercayai menggunakan teknologi emel spoofing (sorok identiti) dan memasukkan perisian 'spyware' ke dalam sistem komputer mangsa sebelum memperoleh salinan segala hubungan e-mel syarikat itu.

"Biasanya syarikat itu membuat pembelian minyak di Singapura, namun pada 31 Mei lalu, mereka menerima e-mel yang kononnya dari syarikat pembekal di Singapura supaya membuat pembayaran ke sebuah bank di Greensboro, Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$309,000 (RM1.3 juta).

"Namun pada 2 Jun lalu, syarikat pengadu menerima e-mel kedua dengan mengarahkan pembelian ke atas nama sebuah syarikat di Hong Kong bernilai AS$760,000 (RMRM3.2 juta).

"Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, pengadu kemudian dihubungi pihak pembekal sebenar untuk menuntut dua bayaran berkenaan.

"Apabila disemak, pengadu menyedari e-mel yang diterima sebelum ini bukan daripada pihak pembekal sebenar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, hari ini.

Asri berkata, pengarah syarikat terbabit kemudian membuat laporan berhubung kes itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK negeri.

Beliau berkata, ini adalah kes pertama yang diterima pihaknya di negeri ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana percaya lebih banyak syarikat akan menjadi mangsa penipuan teknologi spoofing seperti ini kerana modus operandi yang digunakan amat mudah untuk menarik minat mangsa.

"Kita juga akan bekerjasama dengan polis antarabangsa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini kerana ia mempunyai rangkaian sindiket penipuan antarabangsa," katanya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPKxWN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje

Sekianlah artikel Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ditipu RM4.5 juta daripada e-mel aje dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ditipu-rm45-juta-daripada-e-mel-aje.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :