Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM

Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM
link : Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM

Baca juga


Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM

Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan dirinya sebagai seorang pemimpin moderat. Dalam melaksanakan tugasnya, beliau tidak bertindak melampau atau ultra. Apa lagi negara kita yang berbilang kaum dan agama.
Garis pemisah antara pemimpin nombor satu kerajaan dan presiden parti adalah jelas dan tidak bersilang. Sebagai pemimpin kepada semua warganegara Malaysia, beliau bersikap adil, bertolak ansur dan inklusif.

Sikap begini adalah selaras dengan teladan yang digariskan oleh Rasulullah SAW sesuai dengan tuntutan semasa dan serasi dengan manusia sejagat. Bersikap moderat bukan bermaksud ambil mudah akan sesuatu perkara dan hanya berserah kepada takdir dan nasib. Sebaliknya, ia lahir daripada ilmu dan prinsip yang hakiki, tahu beza yang mana benar dan batil serta bersikap toleran dan munasabah.

Kejayaan Rasulullah SAW mengembangkan dakwah Islamiah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam adalah berasaskan pendekatan yang diamalkannya. Sikap moderat Baginda, misalnya dalam soal ibadah, cukup jelas. Ketika Rasulullah SAW mendengar ada orang berkata, “Aku akan berpuasa selamanya.” Satu lagi berkata, “Aku tidak akan kahwin”. Maka Rasulullah SAW membawa mereka untuk kembali bersikap rasional dan moderat. Baginda bersabda maksudnya: Sungguh, demi ALLAH, aku adalah orang paling takut dan paling bertaqwa kepada ALLAH di antara kamu. Namun, aku berpuasa dan tidak, solat dan tidur, aku juga mengahwini perempuan. Barang siapa tidak suka dengan sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.” (Riwayat al-Bukhari)

Sikap moderat Rasulullah SAW cukup menonjol dalam hal menjaga kebajikan penduduk Mekah. Dalam kalangan mereka yang baru peluk Islam dan tahap keimanan belum kuat, Nabi SAW bersabda kepada Sayidah Aishah bahawa jika tidak kerana hakikat mereka baru sahaja keluar daripada kepercayaan dan amalan jahiliyah, sudah tentu Baginda akan mengubah Kaabah, mengikut Riwayat Ahmad. Baginda tidak berbuat demikian untuk menjaga hati penduduk di situ. Beliau tumpu kepada melaksanakan amanah menyebar agama ALLAH dengan cara baik, atas dasar kasih sayang dan mendekatkan manusia kepada Tuhan mereka.

Dalam berinteraksi dengan golongan berlainan, Rasulullah SAW mengajar umat untuk berprasangka baik. Apabila kalimat Lailahaillallah diucapkan, maka kita tidak boleh berprasangka buruk, malah mesti memberi penghormatan sewajarnya kepada orang yang ucap kalimat itu.

Sebagaimana juga disebutkan dalam hadis. “Apakah engkau membunuhnya setelah ia mengucapkan Lailahaillallah?” Usamah menjawab: “Hai Rasulullah, ia mengucapkan Lailahaillallah setelah melihat pedang di atas kepalanya, kerana ia takut mati.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kenapa tidak engkau bedah saja hatinya? Celaka engkau, bagaimana sikapmu terhadap Lailahaillallah. Apakah engkau membunuhnya setelah ucapkan kalimat itu?” (Riwayat Muslim)

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah SAW mendengar ada sahabat memanggil sahabat lain begini: “Hai Ibnus-Sauda (anak daripada perempuan hitam).” Maka Baginda menegurnya ketika bertemu. “Engkau, masih melekat dalam dirimu sifat jahiliyah.” (Riwayat Muslim). Abu Dzar faham teguran itu. Beliau pergi menemui Bilal. “Ke sini, aku mengucapkan kata-kata itu kepadamu. Aku salah,” katanya.

“Engkau telah aku maafkan.”

“Oh, tidak. Ini kening dan mukaku. Aku letakkan di tanah. pijakkan kakimu ke mukaku biar kesombongan itu lenyap dari batinku.”

“Aku telah maafkan engkau.”

“Demi ALLAH, aku tidak akan tenang, dan diriku tidak akan tenteram sebelum kau pijakkan kakimu ke pipi dan mukaku… .”

Begitulah secebis kisah untuk renungan kita. Oleh itu, kita harus memahami falsafah kemoderatan yang sebenar, yakni petunjuk ALLAH SWT. Sikap ini dapat menyelamat dan menyucikan kita dari kepentingan sementara, malah jadi lebih seimbang dan yakin.

Sumber: sinarharian



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rknOkw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM

Sekianlah artikel Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dato Seri Najib Beliau Contoh Pemimpin Mengikut Sunnah Rasulullah – DR MASHITAH IBRAHIM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dato-seri-najib-beliau-contoh-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates: