DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan

DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan
link : DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan

Baca juga


DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan




DAP hari ini dengan tegas menolak keghairahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk memonopoli kepemimpinan tertinggi dalam Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng berkata, hasrat PPBM mahu mendominasi jawatan Pengerusi dan Presiden dilihat sebagai tidak wajar tambahan pula parti itu baharu sahaja menganggotai Pakatan Harapan.

“Saya tidak akan setuju jawatan Pengerusi dan Presiden daripada pemimpin PPBM, jawatan itu perlu disandang oleh pemimpin lain.

“PPBM perlu melakukan perundingan dengan parti-parti lain. Saya tidak akan setuju jika kedua-dua jawatan itu dalam kalangan pemimpin PPBM,” katanya seperti dipetik menerusi portal berita themalaymailonline.com, hari ini.

Minggu lalu, portal berkenaan melaporkan PPBM yang hanya berusia tidak sampai setahun telah menamakan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memegang jawatan Pengerusi dan Presiden Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

PPBM turut mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Pakatan Harapan manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Pengerusi; Tim-balan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Timbalan Presi­den Pakatan Harapan) selain Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu masing-masing sebagai Naib Presiden.

Guan Eng bagaimanapun berkata, Dr. Mahathir boleh diberi keutamaan dalam Pakatan Harapan berdasarkan pengalaman beliau selaku bekas Perdana Menteri.

Namun, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut menegaskan bahawa DAP dan parti-parti lain dalam pakatan tersebut masih menyokong Anwar sebagai pilihan Perdana Menteri dan bukannya calon pemimpin PPBM.

“Kita masih menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Beliau masih relevan,” katanya.

- Utusan Malaysia

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sdwRFg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan

Sekianlah artikel DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DAP Tolak Monopoli PPBM, Tak Mahu Mahathir & Muhyiddin Teraju Pakatan Harapan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dap-tolak-monopoli-ppbm-tak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: