Dah dua kena mercun

Dah dua kena mercun - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dah dua kena mercun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah dua kena mercun
link : Dah dua kena mercun

Baca juga


Dah dua kena mercun

MURID tingkatan satu menjadi mangsa kedua mercun di Terengganu selepas enam jari tangan kanan dan kirinya melecur apabila mercun bola yang dibakarnya tiba-tiba meletup sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Rusila, Marang, hari ini.

Dalam kejadian 11 pagi, mangsa, Ahmad Zaqwan Saidi, 13, dibawa bapanya, Saidi Sabwey, 55,ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila hanya cedera ringan di tangannya.

Menurut Ahmad Zaqwan, dia bermain mercun bola itu bersama tiga rakannya sebelum ia tiba-tiba meletup sebaik sumbunya dibakar.

"Kejadian berlaku terlalu pantas dan letupan itu menyebabkan tangan saya terasa panas sebelum saya bergegas pulang ke rumah

"Sebaik tiba di rumah, saya segera merendam tangan ke dalam air berisi ais bagi mengurangkan rasa panas sebelum bapa segera membawa saya ke HSNZ untuk rawatan.

"Saya memang menyesal sebab tidak mendengar nasihat bapa walaupun bapasering melarang saya bermain mercun," katanya yang membeli lima biji mercun bola dengan harga RM1 daripada seorang rakan.

Sementara itu, Saidi berkata, dia yang berada di rumah terkejut apabila melihat anaknya tergesa-gesa pulang sebelum bertindak merendam tangannya di dalam air berisi ais.

Katanya, anaknya itu kemudian memaklumkan jarinya cedera akibat terkena mercun bola sebelum membawanya ke HSNZ untuk rawatan lanjut.

"Bukan tidak pernah melarang tetapi nasihat saya tidak diendahkan sehingga menyebabkan kejadian sama berulang kali kerana tahun lalu, anak ketiga pernah cedera kerana bermain mercun," katanya.

Semalam seorang murid tahun tiga nyaris kehilangan tangan selepas mercun bola yang digabungnya menjadi satu meletup dalam kejadian di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu,

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa, Muhammad Afiq Hamdi Mohd Rozi, 9, dikejarkan ke HSNZ selepas mengalami pendarahan serius di tangan kirinya akibat letupan berkenaan.

tamat



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sceZgx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dah dua kena mercun

Sekianlah artikel Dah dua kena mercun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dah dua kena mercun dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/dah-dua-kena-mercun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :