Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri

Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri
link : Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri

Baca juga


Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri


PETALING JAYA: Menjelang sambutan Hari Raya, cuaca dijangka cerah di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Tarikh kemunculan anak bulan menandakan Syawal tiba ditetapkan pada 24 Jun, dan ramai yang mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari seterusnya.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, ramalan cuaca pada Hari Raya Aidilfitri dijangka cerah dan kering kerana angin monsun barat-daya yang melanda.

Monsun barat-daya bermula pada 17 Mei, akan berterusan sehingga September, yang sentiasa dikaitkan dengan kekurangan hujan di Semenanjung dan Sarawak.

“Pada hari raya, jalan sentiasa sesak di lebuh raya, tapi cuaca yang baik akan melancarkan perjalanan kerana jalan kering dan penglihatan lebih jelas,” kata Alui.

Bilangan kenderaan di jalan raya bermula minggu ini dijangka meningkat kerana ramai yang pulang ke kampung.

Selain itu, PLUS Malaysia Bhd berkata, perjalanan ulang-alik di Lebuh Raya Utara-Selatan ketika kemuncak bermula Rabu hingga 3 Julai dengan bilangan kenderaan dijangka mencecah 1.7 juta setiap hari.

Kajian menunjukkan kenaikan sebanyak 30 peratus dari 1.2 juta kenderaan yang dilaporkan menjelang Aidilfitri dua tahun lalu.

Di Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak), dijangka 10 peratus kenaikan bilangan kenderaan di Lebuhraya Sprint dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di Selangor menjelang sambutan 1 Syawal.

LDP, yang digunakan lebih 470,000 kenderaan setiap minggu, akan menyaksikan kenaikan sebanyak 10,000 kenderaan minggu ini.

Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia berkata, kadar kesesakan lalu lintas dijangka meningkat di antara 30 dan 40 peratus menjelang sambutan Hari Raya berbanding pada hari biasa.

“Laluan Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dijangka meningkat 50 peratus kesesakan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan persatuan itu.

Untuk mengatasi kesesakan, PLUS telah menyediakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan untuk membantu orang awam merancang perjalanan bermula 21 Jun hingga 3 Julai.

Mereka yang merancang untuk pulang ke kampung dari Lembah Klang ke Perlis, Kedah, Penang, utara Perak dan Johor dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya sebelum pukul 10 pagi.

Selain itu, bagi yang menuju ke destinasi berdekatan seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, selatan Perak dan Perak tengah, dinasihatkan untuk memulakan perjalanan dan masuk ke Lebuh Raya Utara-Selatan selepas pukul 10 pagi pada hari-hari tersebut.

Manakala, Pulau Pinang menjangkakan kemasukan pelawat yang ingin memanfaatkan cuti empat hari pada Hari Raya.

“Tahun lepas, kesesakan tidak terlalu teruk, tetapi masih awal bagi meramal situasi tahun ini,” kata Ketua Polis Trafik, Superitendan Roslan Ali.

Beliau menambah, polis trafik akan bertugas setiap hari untuk Ops Selamat bermula dari sekarang hingga 2 Julai. - mStar


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgX2fV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri

Sekianlah artikel Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cuaca Baik Menjelang Aidilfitri dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/cuaca-baik-menjelang-aidilfitri_19.html

Subscribe to receive free email updates: