Judul : CERAIKAN ISTERI KERANA KEKASIH BARU. KINI SEMUANYA TERBONGKAR, KEKASIH BARU HANYALAH….
link : CERAIKAN ISTERI KERANA KEKASIH BARU. KINI SEMUANYA TERBONGKAR, KEKASIH BARU HANYALAH….
CERAIKAN ISTERI KERANA KEKASIH BARU. KINI SEMUANYA TERBONGKAR, KEKASIH BARU HANYALAH….
GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Cerita ni saya harap dapat dijadikan pengajaran baik lelaki mahupun perempuan. 5 tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk menceraikn isteri saya dan tinggalkan anak-anak kerana perempuan lain.
Saya berkahwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam, tapi orangnya lembut dan baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik. Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja. Hana bekerja sebagai guru di sekolah menengah, dan dia ikutkan saja permintaan saya.
Hana jadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga saya dan anak dengan baik. kami hidup bahagia, tambah-tambah lagi waktu tu Hana sedang mengandungkan anak kedua kami.
Rezeki anak-anak, kedudukan kewangan kami semakin stabil. Daripada cukup-cukup makan, dah boleh bawa family jalan-jalan bercuti.
Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, iaitu Asmat.
Mulanya saya dan Asmat hanya berurusan biasa, tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang-kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. (tak nak cite banyak part ni). Asmat memang pandai amik kesempatan. Dia tau saya dah makin tergila-gilakan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia..
Hana mula perasan perubahan saya, tapi dia tak terus melenting. Dia cuma tanyakan beberapa soalan (sebab banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).
Lama-kelamaan saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana dan anak-anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kejamnya saya. saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung tak menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasa fashionable.
Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dengan Hana supaya dia boleh minta Hana izinkn saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. bodohnya saya waktu tu.
Hana baru siap tidurkan anak sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat. tapi dia langsung tak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap.
Asmat dengan sombongnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tapi Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu orang baik-baik, dia akan izinkan. tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.
Asmat marah dan merajuk, dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. “DIA ATAU HANA”. Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Saya bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.
Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut “Allahuakbar” sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan ank sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun kebawah dengan anak-anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.
Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis, dia nampak kesenangan saya waktu tu. padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak-anak.
Merata-rata saya cari Hana. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takde salah apepun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya sampai setahun tak bercakap dengan saya. Tapi lama-kelamaan lembut juga hati mereka.
Sumber : krt via eksidenz
Kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorang bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar dan terus menetap disana bersama anak-anak. mereka tak beritahu saya di negara mana. Allah, saya rindukan Hana dan anak-anak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRZQ1i
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel CERAIKAN ISTERI KERANA KEKASIH BARU. KINI SEMUANYA TERBONGKAR, KEKASIH BARU HANYALAH….
Anda sekarang membaca artikel CERAIKAN ISTERI KERANA KEKASIH BARU. KINI SEMUANYA TERBONGKAR, KEKASIH BARU HANYALAH…. dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/ceraikan-isteri-kerana-kekasih-baru.html