BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?

BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?
link : BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?

Baca juga


BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?

BUKAN orang bijak pandai pun tahu yang bau busuk dalam Felda Global Ventures Berhad (FGV) datang daripada lembaga pengarahnya dan bukan dari kilang kelapa sawitnya.

Bau busuk itu kini menyebabkan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar dunia pada 2012 itu dengan cepat menjadi skandal kedua terbesar selepas syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terdapat dakwaan rasuah oleh kedua-dua pihak, pengerusi lembaga pengarah FGV Isa Samad dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Zakaria Arshad, yang dipaksa bercuti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun memulakan siasatan terhadap perkara itu.

Tuduhan itu berterusan sejak dua tahun lalu yang menyaksikan saham syarikat perladangan terbesar dunia menjunam daripada RM5.55 seunit kepada hanya RM1.66 sekarang.
Persoalannya sekarang ialah bagaimana dengan meletakkan Idris Jala di situ dapat membantu menyelesaikan pergelutan dalam lembaga pengarah? Bagaimana beliau boleh bawa FGV keluar daripada masalah pengurusannya.

Pengumuman Pejabat Perdana Menteri itu tidak menyatakan yang lembaga pengarah syarikat dalam senarai awam itu meluluskan peranan bebas Idris untuk memeriksa fakta dan mengesyorkan penyelesaian terhadap penggantungan CEO dan dua lagi pegawai kanan.

Mengapakah pula Putrajaya yang perlu melihat apa sebuah syarikat yang tersenarai di bursa lakukan dengan kakitangannya? Bukankah ini perkara antara pekerja dan majikan.

Bagaimanakah ia akan dapat membantu FGV keluar daripada kekecohan ini? Adakah pemeriksaan faktanya dan syor yang akan dibuat nanti melangkaui lembaga pengarah yang ada isu dengan Zakaria?

Dan adakah ia akan campur tangan dalam siasatan SPRM terhadap urus niaga perniagaan FGV? Atau hanya sekadar sembang-sembang dan menyanyi Kumbaya?

Mudahnya ialah kedua-dua, Isa dan Zakaria diletakkan di tepi dan SPRM masuk buat siasatan terhadap semua tuduhan dan memeriksa dokumen untuk melihat siapa sebenarnya yang bercakap benar.

Dan kemudiannya mendakwa mereka yang bertanggungjawab menjadikan pencapaian FGV teruk dalam pasaran saham. Keuntungannya nampak baik tetapi pulangannya teruk, dan ia terserlah menerusi harga sahamnya.

Dan juga, bukankah lembaga pengarah juga bertanggungjawab jika ada urus niaga yang tidak bersih, melihat kepada timbunan fail dibawa Zakaria ke ibu pejabat SPRM semalam.

Ia seperti menjadi prinsip biasa dalam korporat Malaysia yang eksekutif syarikat berkaitan atau syarikat milik atau individu yang ada kaitan politik jarang berdepan pendakwaan walaupun siasatan dan soal siasat dijalankan.

Paling teruk pun mereka dipecat dan dihantar ke syarikat lain yang kurang sensitif, agensi, suruhanjaya atau dilantik jadi duta.

Tetapi kemelut FGV ini berbeza. Kedua-dua pihak bercakap mengenai urus niaga mencurigakan dan pelaburan yang bukan sebahagian daripada perniagaan terasnya dan itu menyebabkan kerugian.

Apatah lagi ia syarikat yang dengan bangganya disebut sebagai IPO kedua terbesar selepas Facebook pada 2012. Tambahan pula kerana ia membabitkan peneroka Felda yang menukarkan tanah mereka untuk saham yang bernilai kira-kira satu pertiga daripada harga terbitan.

Malaysia dan FGV perlu melihat kepada punca sebenar tuduhan salah pengurusan kewangan dan perniagaan yang sudah membarah sejak CEO sebelum ini memegang kuasa. Bukan dengan mewujudkan pihak bebas untuk menilai fakta dan mencari penyelesaian.

Ia bukan lagi mengenai pengurusan pencapaian dan penyampaian peristiwa penting FGV. Ia tentang membersihkan kejelikan dalam lembaga pengarah FGV.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rRrBHn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV?

Sekianlah artikel BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BOLEHKAH IDRIS SELESAIKAN KEMELUT FGV? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/bolehkah-idris-selesaikan-kemelut-fgv.html

Subscribe to receive free email updates: