Bicara Pemakan Vitamin

Bicara Pemakan Vitamin - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bicara Pemakan Vitamin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bicara Pemakan Vitamin
link : Bicara Pemakan Vitamin

Baca juga


Bicara Pemakan Vitamin

Bicara Pemakan Vitamin

Salam.
Terima kasih admin siar penulisan aku.

Aku tak tahu nak letak tajuk apa. Tapi aku ni nak bercakap bagi pihak orang2 biasa yang berpuluh tahun amalkan vitamin/suplemen.

Aku nak tulis sikit betapa ramai tak adil dalam menghukum isu hangat suplemen sekarang.

Isu asalnya tentang overclaim saja. Sekarang dah melalut sampai label seolah2 semua supplemen boleh sebabkan orang mati. Generalisation.

Kalau korang nak tahu mak aku dari zaman muda dok makan supplemen.

Sekarang dah tua pun masih sihat, cergas dan awet muda. Mak aku beli supplemen yg lulus KKM lah. Brand bagus2. Tak adalah mak aku beli herba akar kayu ke, brand cikai yg ada steroid ke.

Jadi kami adik beradik pun memang jenis ambil suplemen.

Mak aku sangat health conscious. Selalu buat blood test. Semua ok.

Kalau kita perhatikan dari dulu tak pernah ada masalah pun tentang makan supplemen ni. Agak2 tak cukup dapat vitamin dari makanan, beli je la apa vitamin yg ada. Makan ikut dose yg tulis kat botol. Senang.

Ada suplemen yg bagus utk period pain, ada yg bagus utk kulit, ada yg bagus utk tenaga, ada yg bagus utk imuniti.

Sendiri tahu lah sendiri kurang makan apa. Beli je lah supplemen untuk top up apa yg tak cukup. No big deal.

Tapi sekarang ni siap kata kena ada deficient dan ada indikasi baru boleh makan. Ada ke doktor yg nak layan semua orang cerita setiap komplen, buat blood test termasuk ujian kandungan vitamin dan prescribe vitamin yang akhirnya kita kena beli sendiri?

Setakat period pain sikit2, kulit tak cantik, badan letih2, selsema sikit2.. Tu pun nak mengadu kat doktor ke? Silap2 kena kutuk balik.

Sendiri tahu lah asyik makan makanan tak sihat. Tak cukup vitamin. Beli sendiri je lah.

Lain lah kalau simptom2 penyakit. Ha, kalau ada penyakit memang kena jumpa doktor, kena makan ubat.

Tak de kacau pun suplemen dengan ubat sampai doktor kena kerja lebih.

Yang aku faham lah, suplemen ni, KKM luluskan jual pada orang awam dan tak perlu doktor prescribe adalah sebab secara amnya ia selamat.

Benda yang salah adalah:
1.Penjual overclaim suplemen boleh sembuhkan penyakit. Yg ni layak kena kecam. Tapi penjual lain yg tak overclaim tak patut diganggu dan diaibkan. Sampai hilang adab dan agama lah bab2 aib kan orang ni. Cuba istighfar sikit. Korang puasa ke tak?

2.Suplemen yang tak ada kelulusan KKM. Bukan saintis yang buat. Orang biasa2 macam kita yang campur segala benda merapu lepas tu jual.

3.Pesakit tak makan ubat, tak pergi follow up sebab ambil suplemen. Pesakit macamni dia confuse. Mesti counsel betul2. Ramai je sebenarnya pesakit yg jenis tak makan ubat, dan tak ambil suplemen juga. Maksudnya memang jenis tak suka makan apa2 yg dapat bantu kesihatan dia.

Satu benda lawak yang orang buat point nak bergaduh adalah bila ada puak yang kata bisnes suplemen ni kejar sales, seolah2 macam salah je untuk kejar sales.

Bisnes apa pun, orang akan kejar sales la wey. Makcik nasi lemak pun kejar sales. Kalau tak ada sales, bukan bisnes namanya. Tu amal jariah.

Aku ni memang suka bisnes, jadi rasa lawak bila ada puak tulis seolah2 salah bila company offer macam2 insentif pada agen supaya bersemangat buat sales.

Macam aku cakap kat atas tadi, yg salah tu kalau seller overclaim. Kalau dia tak overclaim, lantaklah dia nak kejar sales. Memang dia nak guna duit tu nak bagi kat anak bini dan mak bapak dia.

Kalau dia tak kejar sales, ada ke korang nak hulur duit korang?

Ada pula yang marah sebab sistem bisnes MLM. Aku speechless betul bab ni.

Mak korang tak guna Tupperware ke? Tupperware pun MLM tau.
Sistem agen stokis founder pun MLM tau.

MLM ni sistem bisnes saja. Asalkan bukan sistem piramid yang tindas orang bawah, atau bukan skim cepat kaya yang tipu orang.

Kerajaan Malaysia izinkan MLM. Majlis fatwa pun halalkan MLM.

Yang korang nak marah sangat tu sebab apa? Cuba lapang dada sikit.

Lepas tu siap ada puak marah doktor jual suplemen.

Aku dah baca yang sebenarnya undang2 Malaysia dan perjanjian doktor tak halang pun untuk doktor jual suplemen.

Ada yang kata salah sebab tak beretika.

Doktor tak beretika kalau menjual sebagai seorang doktor kepada pesakit sendiri.

Maksudnya dia ambil history dan periksa pesakit lepas tu dia suruh pesakit beli vitamin dia.
Atau kalau dia jual masa dok kerja.

Yang aku nampak geng2 doktor buat online business ni jual kat kawan2 online. Bukan pesakit sendiri.
Dan diorg tak de letak title Dr. masa promote tu. Diorang cerita macam kawan2 cerita saja.

Dr Muhaya pun promote bisnes lasik dia dan jual baju. Dah bertahun. Tak de hype pun.
Ramai lagi lah doktor lain jual skin care tak de pulak bising nak evidence based ke, nak bukti selamat ke.

Macam bias sangat je nak kecam geng2 doktor yang bisnes suplemen.

Ramai doktor ni share pengalaman sendiri ambil suplemen saja. Kalau korang tak berminat dengan suplemen, hide saja post diorg. Macam yang korang selalu buat pada online seller lain. Sama saja.

Baru2 ni je macam ada ura2 sekumpulan doktor pakar nak minta KKM guna kuasa halang doktor jual suplemen. Lepas ni kalau ada undang2 baru, tak tahu lah.

Tapi kan, Doktor yang jual kuih raya korang tak de kecam pulak? Padahal tinggi gula confirm boleh rosakkan buah pinggang, kan?

Mana yang korang suka korang pandai pulak diam aje kan. Tak adil betul.

Finally aku nak sebut pasal testimoni suplemen ni.
Ada puak tak bagi penjual suplemen guna testimoni. Tapi puak tu dok guna testimoni untuk hentam suplemen, boleh pulak?

Ada yang hentam kata makanan soya sebabkan cyst berdasarkan testimoni.
Padahal aku bukak website NHS dan emedicine diorang tak senaraikan penyebab cyst tu makanan soya. Diorang kata cyst ni memang selalu jadi kat perempuan di semua peringkat umur, terutamanya sebelum menopause. Maksudnya, ko ambil soya ke, tak ambil soya ke, kalau nak jadi, jadi juga.

Tak tau lah kalau website ni tak boleh percaya. Tapi kawan2 doktor aku pesan kalau nak baca sendiri, baca dari website ni. Kalau aku lagi terer boleh baca jurnal. Tapi aku tak berapa terer. Hahah.

Ada yang kata makan suplemen S sebabkan fatty liver. Buat statement macam confirm2 je direct cause and effect. Maksudnya kalau makan suplemen S dapat fatty liver. Testimoni je ke? Bukti mana bukti?

Korang pun boleh baca lah pasal fatty liver ni. Siapa suka makan makanan berlemak, gula tinggi, minum arak, ada penyakit kronik, makan ubat tertentu akan boleh dapat fatty liver. Nak katanya banyak sebab, dan perlu tempoh bertahun2 untuk terbentuk. Silap2 orang yg bagi testimoni ni, sebotol suplemen S pun belum habis. Dah boleh salahkan suplemen S sebabkan fatty liver. Sekali lagi, tak adil.

Banyak lagi lah testimoni yang tak ada bukti. Tapi diviralkan.
Pada masa yang sama tak bagi penjual suplemen S kongsi testimoni pengguna yang suka kesan baik lepas ambil suplemen diorang.
Tak adil, kan?

Tu je lah nak tulis. Walaupun banyak lagi yang aku perhati ketidak adilan dalam isu serabut ni.

Kesimpulannya ada beberapa:

Jom lah jadi lebih soleh di bulan Ramadhan ni. Jauhi mencela. Tahun depan belum tentu dapat lagi jumpa Ramadhan.

Kalau ada apa2 yang salah, korang duduklah bincang dengan baik. Bukan buat orang awam confuse.

Jangalah buat 3 kesalahan yang aku list tu. Dalam no 2 tu, termasuklah tak boleh pukul sama rata semua suplemen. Padahal banyak beza kot suplemen yg KKM luluskan dengan suplemen bancuh sendiri.

Kalau korang rasa pemakanan korang bermasalah dan tak cukup vitamin, suka hati lah nak beli suplemen ke tak. Kalau nak beli, cari jenama yang bagus. Yg KKM luluskan.

Kalau korang tak suka suplemen, tak payah beli.

Sekian.
Wassalam.

Rossa

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rOwFO0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bicara Pemakan Vitamin

Sekianlah artikel Bicara Pemakan Vitamin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bicara Pemakan Vitamin dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/bicara-pemakan-vitamin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :