Judul : BERSATU MENGAKU CADANG DR M SEBAGAI PENGERUSI HARAPAN
link : BERSATU MENGAKU CADANG DR M SEBAGAI PENGERUSI HARAPAN
BERSATU MENGAKU CADANG DR M SEBAGAI PENGERUSI HARAPAN
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengaku mencadangkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Pakatan Harapan dalam mesyuarat majlis presiden gabungan itu minggu lalu.
Ketua biro strategi dan dasar parti itu Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff bagaimanapun berkata cadangan itu berbeza daripada apa yang dilaporkan media, yang menyebut Tan Sri Muhyiddin Yassin turut dinamakan sebagai presiden HARAPAN.
Katanya, cadangan balas mereka itu sebenarnya berbeza dengan apa yang dirujuk oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Ya, kita cadangkan Mahathir sebagai pengerusi tetapi kita berpegang kepada cadangan balas dalam mesyuarat lalu, tiada elemen monopoli dalam kepimpinan utama,” katanya kepada Malaysiakini.
Lim semalam menolak kemungkinan dua jawatan utama dalam HARAPAN diisi tokoh BERSATU kerana ia dilihat sebagai monopoli dan penguasaan kawalan.
Sumber yang hadir dalam mesyuarat Jumaat lalu memberitahu Malaysiakinibahawa Muhyiddin bersetuju dengan cadangan balas parti lain supaya Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai presiden HARAPAN.
Bagaimanapun, PKR dilaporkan tidak dapat memberikan persetujuan kerana harus merujuk kepada ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan terlebih dahulu.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sv8Lsr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel BERSATU MENGAKU CADANG DR M SEBAGAI PENGERUSI HARAPAN
Anda sekarang membaca artikel BERSATU MENGAKU CADANG DR M SEBAGAI PENGERUSI HARAPAN dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/bersatu-mengaku-cadang-dr-m-sebagai.html