Judul : Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf
link : Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf
Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf
Tidak insaf walaupun baru selesai menjalani hukuman akibat pecah masuk rumah pada tahun lalu, seorang lelaki sekali lagi ditahan polis di Kampung Tinagat, Batu 7, di sini, kelmarin, atas kesalahan sama. Dalam kejadian jam 10.30 malam, suspek berusia 32 tahun ditahan bersama seorang rakan berusia 19 tahun.
Difahamkan, kedua-dua suspek itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau menyerbu sebuah rumah di kampung itu.
“Sebaik tiba di rumah itu, suspek lelaki berusia 32 tahun ditahan di situ kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah. Selang 30 minit kemudian, rakan suspek iaitu remaja berusia 19 tahun kemudian ditahan di rumah lain di kampung sama.
“Pelbagai barang disyaki hasil jenayah turut ditemui bersama suspek yang sebelum itu disembunyikan di kawasan semak berhampiran dengan rumah berkenaan.
“Antaranya sebuah beg, kabel, ‘powerbank’, dua rantai leher berwarna putih, sembilan anting-anting berwarna putih dan dua gelang warna putih. “Suspek dan barangan itu dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Fadil berkata, ujian saringan air kencing mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu. Beliau berkata, suspek lelaki berusia 32 tahun pernah dihukum penjara selama setahun atas kesalahan pecah masuk rumah pada 2016.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2smGV11
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf
Sekianlah artikel Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Baru Keluar Penjara Pun Tak Insaf dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/baru-keluar-penjara-pun-tak-insaf.html